Connect with us

Oh! Media

(Video) Remaja Meninggal Dunia Semasa Mengharungi Banjir

Trending

(Video) Remaja Meninggal Dunia Semasa Mengharungi Banjir

Korang pernah terbayang tak kalau terjadi banjir di tempat kita sendiri sama macam apa yang mereka di kawasan banjir itu lalui? Bersyukur sangat-sangat tempat kita ni tak berlaku dan semoga dijauhkanlah. Malam tadi ada seorang remaja lelaki meninggal dunia ketika sedang mengharungi banjir. Innalillahwainailahirajiun.

ADVERTISEMENT

Mangsa yang baru saja berusia 19 tahun itu ditemukan maut dekat Cabang Empat Petronas, Rantau Panjang pada pukul 8 malam semalam. Siasatan masih lagi dijalankan dan kematian itu telah disahkan sendiri oleh Ketua Polis Daerah Pasir Mas, Asisten Komisioner Mohamad Roy Suhaimi.

Sebelum ini viral di media sosial yang menunjukkan beberapa orang awam cuba mengalih mangsa dengan hanya menggunakan sebatang kayu. Menurut laporan Harian Metro, berkemungkinan kematian mangsa ada kaitan dengan renjatan elektrik.

Walaubagaimanapun, orang ramai dinasihatkan supaya tidak membuat sebarang spekulasi sebelum punca kematian diketahui. Mayat telahpun dibawa ke Hospital Pasir Mas (HPM) untuk bedah siasat. 

Kredit: Harian Metro | Astro Awani

+ Baca respon pembaca di Facebook Oh! Media.

Comments

Lagi dalam kategori Trending

Ke Atas