Connect with us

Oh! Media

Remaja Lelaki Disambar Buaya Ketika Mencari Lokan

Trending

Remaja Lelaki Disambar Buaya Ketika Mencari Lokan

Seorang remaja lelaki yang berusia 16 tahun dilaporkan hampir maut disambar seekor buaya di Sungai Kampung Mengkabong.

ADVERTISEMENT

Perut dan kaki kanan Azlan Arif Abdullah dikatakan telah cedera parah kerana digigit oleh buaya sepanjang 1.5 meter itu.

Azlan bersama tujuh orang kawannya yang lain dikatakan sedang mencari lokan dan siput di kawasan tebing sungai itu semasa kejadian.

Seekor buaya tiba-tiba muncul dan menyambar mangsa dan menariknya ke dasar sungai.

Beberapa rakan yang menyedari jeritan mangsa cuba membantu menarik tangannya dan dia bernasib baik apabila buaya itu melepaskan gigitan sebelum hilang di sungai berkenaan. – Kata Deputi Superintendan Mohd Hamizi Halim.

Mangsa telah pun dihantar ke Hospital Tuaran dan mungkin dipindahkan ke Hospital Papar atau Kota Belud untuk menjalani rawatan lanjut.

kredit: Harian Metro

Comments

Lagi dalam kategori Trending

Ke Atas