Connect with us

Oh! Media

Remaja Berusia 15 Tahun Dirogol Enam Warga Asing

Oh! Tidak

Remaja Berusia 15 Tahun Dirogol Enam Warga Asing

Seorang remaja perempuan yang baru saja berusia 15 tahun disyaki telah dirogol 6 orang lelaki warga asing. Perkara ini terbongkar selepas pegawai polis menemui mangsa yang sedang merayau berseorangan diri di Taman Komersial Pandan Indah sebelum dibawakan kepada pihak polis pada hari Sabtu lalu.

Mangsa dikatakan sudah tidak bersekolah dan  sebelum ini telah melarikan diri dari rumah perlindungan. Siasatan awal mendapati yang kedua ibubapa mangsa telah bercerai dan sebelum ini telah beberapa kali kena rogol di sekitar Ampang kata Ketua Polis Daerah Ampang Jaya Asisten Komisioner Mohamad Farouk Esha.

Menerusi laporan Harian Metro, enam warga asing yang dikatakan bekerja sebagai buruh telah berjaya ditahan semalam dan masing-masing berusia dalam lingkungan 16 hingga 25 tahun. Dua daripda suspek didapati positif dadah jenis opiat dan THC.

Kredit: Harian Metro

+ Baca respon pembaca remaja dirogol enam orang warga asing di Facebook Oh! Media.

Penulis sepenuh masa di Oh! Media. Skop penulisan merangkumi segala aspek terkini & viral.

Comments

Lagi dalam kategori Oh! Tidak

To Top