Connect with us

Oh! Media

Remaja 17 Tahun Nikahi 2 Gadis Sekaligus

remaja

Trending

Remaja 17 Tahun Nikahi 2 Gadis Sekaligus

Sebelum ini kami ada kongsikan kisah seorang pemuda berusia 23 tahun mengahwini isteri kedua selang 6 hari disatukan dengan isteri pertama. Kali ini ada lagi satu kisah yang lebih hebat apabila remaja 17 tahun dinikahkan dengan 2 orang gadis dalam masa 1 hari.

ADVERTISEMENT

BACA: Baru 6 Hari Kahwin Sudah Berjaya Yakinkan Isteri Untuk Kahwin Isteri Kedua

Kali ini ia berlaku di Musi Rawas Utara, Indonesia dan remaja lelaki itu dinikahkan dengan dua orang gadis sebayanya.

Berdasarkan laporan SuaraSumsel.id, Setiausaha Kampung Karang Anyar, Wildan Hakim menceritakan ketiga-tiga remaja ini sudah mempunyai hubungan yang rapat sejak sekian lamanya.

Datuk kepada kedua-dua pengantin perempuan juga adalah bersaudara dan mereka bersetuju untuk disatukan dengan lelaki pilihan mereka.

Pernikahan ini direstui oleh kedua keluarga meski ketiga-tiganya masih anak-anak dan tinggal bersama ibu bapa masing-masing. – Katanya.

Nampaknya pernikahan seperti ini amat biasa berlaku di Indonesia. Jika berlaku di Malaysia, tidak dapat dibayangkan apa yang akan berlaku. Apapun, kalau sudah jodoh pasti tidak akan ke mana.

Suami-suami di luar sana yang ada niat nak kahwin dua tu kena ingat yang anda tinggal di Malaysia. Agak jarang isteri Malaysia nak benarkan suami pasang lagi 1. Haha!

Kredit: Suarasumsel.id

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media.

Lagi dalam kategori Trending

Ke Atas