Connect with us

Oh! Media

Ratah Sotong Mentah Hidup-Hidup, Menu Viral Dari Thailand Ini Undang Risiko Penyakit

Trending

Ratah Sotong Mentah Hidup-Hidup, Menu Viral Dari Thailand Ini Undang Risiko Penyakit

Di media sosial, viral menu terbaru dari Thailand iaitu sotong hidup celup sos pedas. Dalam rakaman tular di media sosial, sotong hidup dimasukkan ke dalam bekas mengandungi sos pedas dan masam selama beberapa minit sebelum dimakan mentah-mentah.

ADVERTISEMENT

BACA: Budak Maut Lepas Makan Sate ‘Misteri’, Pemberian Wanita Tak Dikenali

Sehingga kini, perkongsian video itu telah mendapat lebih 6 juta tontonan dan ribuan komen dari seluruh dunia. Serius ke boleh makan?

@newwcrp94 จุใจ 🥰 #ร้านหมึกโวยวาย #หมึกโวยวาย #หมึกโช๊คร้านหมึกโวยวาย #ร้านหมึกโวยวายอินดี้ดาวคะนอง #หมึกสดๆ #ตลาดอินดี้ดาวคะนอง ♬ Pamela – Bots🇵🇭

Lapor Kosmo!, Kementerian Kesihatan Thailand berkata, makanan itu berisiko menyebabkan keracunan makanan kerana sotong mentah berpotensi mengandungi bakteria vibrio parahaemolyticus iaitu sejenis bakteria yang ditemui di dalam persekitaran hidupan marin.

Orang ramai boleh mengalami cirit birit dan muntah-muntah. Selain itu, orang ramai terdedah kepada kolitis ulseratif (keadaan jangka panjang yang mengakibatkan radang rektum dan kolon).

Jelas Kementerian Kesihatan Thailand lagi, cara terbaik untuk menikmati sotong adalah dengan memasaknya dengan suhu sekurang-kurangnya 70 darjah Celcius selama dua minit bukannya dimakan mentah sebegitu.

Kredit: Kosmo!

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh!Media.

Lagi dalam kategori Trending

Ke Atas