Connect with us

Oh! Media

Ramai Tak Faham Apa Maksud Ganti Balik Pengeluaran KWSP Akaun 1

Trending

Ramai Tak Faham Apa Maksud Ganti Balik Pengeluaran KWSP Akaun 1

Sebentar tadi Ohmedia ada kongsikan artikel berkenaan ahli KWSP telah dibenarkan untuk mengeluarkan simpanan mereka dari Akaun 1 sebanyak RM9,000 hingga RM60,000.

ADVERTISEMENT

Bagaimapun, hasil pemerhatian kami ramai yang kurang jelas apa yang dimaksudkan dengan ‘menggantikan amaun yang telah didahulukan’.

Kita tidak perlu menggantikan dengan duit lain. Duit yang dikeluarkan dari Akaun 1 ini akan digantikan dengan caruman KWSP kita sendiri sekiranya satu hari nanti kita kembali mencarum selepas berakhirnya wabak ini.

Sebagai contoh, pada waktu ini kita tidak mencarum kerana hilang pekerjaan dan telah mengeluarkan RM10,000 dari Akaun 1. Pada masa akan datang, kita sudah mendapat kerja yang baik dan caruman disambung semula. Oleh itu, jumlah caruman ini akan dimasukkan 100 peratus ke dalam Akaun 1 bagi memastikan jumlah RM10,000 itu diganti semula.

Selepas cukup RM10,000 agihan pencarum akan kembali kepada 70 peratus Akaun 1 dan 30 peratus Akaun 2.

BACA: Ahli Boleh Keluarkan RM9,000 Hingga RM60,000 Dari Akaun 1 KWSP

Pengeluaran ini akan ditentukan berdasarkan baki amaun di dalam Akaun 1. Sekiranya baki Akaun 1 RM90,000 ke bawah, amaun pendahuluan yang dibenarkan adalah sehingga RM9,000 maksimum.

Sekiranya baki Akaun 1 RM100,000 ke atas, amaun pendahuluan yang dibenarkan adalah 10 peratus daripada simpanan dengan maksimum sehingga RM60,000.

Permohonan ini hanya akan diluluskan kepada mereka yang benar-benar memerlukan seperti hilang pekerjaan, diberi cuti tanpa gaji atau mereka yang hilang sumber pendapatan.

Diharapkan agar penjelasan ini memberi sedikit gambaran kepada kita semua. Apapun bersyukur dan gunakanlah ia sebaiknya.

+ Baca respon pembaca di Facebook Oh! Media.

Comments

Lagi dalam kategori Trending

Ke Atas