Connect with us

Oh! Media

“Ramai Pelanggan Yang Sund*l”, Pekerja Spa Ditawar RM50 Untuk Urut Kemaluan Lelaki Gatal

Urut

Trending

“Ramai Pelanggan Yang Sund*l”, Pekerja Spa Ditawar RM50 Untuk Urut Kemaluan Lelaki Gatal

Satu perkongsian daripada seorang pekerja spa ini telah menjadi viral dan berjaya mencuri perhatian netizen.

ADVERTISEMENT

Kata wanita yang dikenali sebagai @sis_ren07 ini, dia berasa trauma kerana sering diganggu oleh individu gatal dan menakutkan ketika bekerja di spa.

Cerita Ren di TikTok, dia pernah dikunjungi seorang lelaki untuk mendapatkan perkhidmatan urut namun terkejut kerana tiba-tiba sahaja individu itu meminta untuk diurut di bahagian kelamin.

https://www.tiktok.com/@sis_ren07/video/7122859410656890138?_t=8UDS6EDKZlZ&_r=1

Meskipun sudah menolak, lelaki itu berkali-kali memujuknya sehingga sanggup menawarkan wang sebanyak RM50 sebagai upah.

Namun begitu, setelah cerita itu menjadi tular, Ren menerima kecaman daripada sesetengah netizen yang menganggap dirinya sekadar mereka cerita yang tidak benar.

Ren mengakui berasa terkilan dan menjelaskan bahawa situasi itu bukanlah rekaan semata-mata dan menganggap bahawa hanya pekerja spa massage yang mungkin memahami akan dilema tersebut.

Ada juga yang cakap saya ni reka cerita saja. Siapa yang pernah kerja massage mesti faham.

Dalam pada itu, Ren menegaskan bahawa para pekerja di spa tempat dia mencari makan kini semuanya menjaga maruah diri dan tidak sesekali menerima sebarang permintaan tidak bermoral daripada lelaki ‘hidung belang’.

Menjengah ke ruangan komen, ramai meluahkan rasa kagum dengan sikap dan tindakan wanita itu yang menolak sebarang ajakan tidak berfaedah dan sama sekali tidak bermaruah untuk dilakukan.

Ada juga yang menasihati agar Ren sentiasa berhati-hati ketika berada di tempat kerja selepas ini.

Kredit: Tiktik @sis_ren07

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media.

Comments

Lagi dalam kategori Trending

Ke Atas