Connect with us

Oh! Media

Ramai Hanya Lihat Satu Perenggan, Presiden MUDA Ingatkan Orang Politik Jangan Pejam Mata

Oh! Politik

Ramai Hanya Lihat Satu Perenggan, Presiden MUDA Ingatkan Orang Politik Jangan Pejam Mata

Selepas Majlis Raja-Raja Melayu dan Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah membuat keputusan menolak cadangan Perdana Menteri, kita dapat lihat kebanyakan orang politik dan pihak media hanya mengambil satu perenggan ini untuk menampakkan kelemahan kerajaan.

Mereka tidak melihat dan membincangkan pula isi penuh kenyataan media Istana Negara yang turut mengingatkan ahli politik untuk berhenti melakukan sebarang politicking dan meneruskan tindakan tak bertanggungjawab yang boleh mengganggu kestabilan Kerajaan sekarang.

BACA: Netizen Dakwa Mohamad Sabu Padam Respon Awal Titah Sultan Dengan Yang Lain

Bagaimanapun, Presiden Parti MUDA, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman yang merupakan ahli Parlimen Muar telah memberi peringatan supaya tidak menerima satu perenggan yang dititahkan oleh Agong.

Jangan kita terima satu perenggan yang dititahkan oleh Agong, tetapi perkara yang lain yang dibangkitkan kita pejam mata. – Katanya.

Dalam posting terbaru Syed Saddiq di Instagram juga ada memberikan respon selepas Agong mengeluarkan keputusan.

Daulat Tuanku. Patik menjunjung seruan Tuanku untuk negara ini memberi sepenuh tumpuan kepada krisis COVID-19 dan berhenti dengan politicking.

Patik dan rakan sejawatan yang lain wajib berusaha dan sedaya upaya menjalankan amanah rakyat untuk negara. Demi Malaysia.

Apa pula pandangan korang dengan perkara ini? Bagi kami, kita perlu berhati-hati dengan isi kandungan berita yang cuba menaikkan semula ketegangan politik Malaysia. Kita sepatutnya menggunakan keputusan Agong ini untuk memberikan sepenuh perhatian untuk melawan pandemik Covid-19.

+ Baca respon pembaca di Facebook Oh! Media.

Penulis sepenuh masa di Oh! Media. Skop penulisan merangkumi segala aspek terkini & viral.

Comments

Lagi dalam kategori Oh! Politik

To Top