Connect with us

Oh! Media

Ramai Kecam Malaysia Tapi Suspek Hina Lagu Indonesia Raya Sebenarnya Warga Indonesia?

Trending

Ramai Kecam Malaysia Tapi Suspek Hina Lagu Indonesia Raya Sebenarnya Warga Indonesia?

Sebelum ini viral sebuah video yang telah menghina lagu kebangsaan Indonesia Raya dan kebanyakan orang menyangkakan ia dilakukan oleh rakyat Malaysia sehingga ada warga Indonesia yang berang dan menyalahkan Malaysia.

ADVERTISEMENT

Bagaimanapun, hasil siasatan polis suspek yang menyunting lirik lagu kebangsaan Indonesia dengan penghinaan dan ditularkan di media sosial adalah warga republik Indonesia sendiri dan video berkenaan tidak dirakam di Malaysia.

Perkara ini disahkan oleh Ketua Polis Negara Tan Sri Abdul Hamid Bador yang telah memperoleh maklumat hasil siasatan terhadap seorang buruh warga Indonesia berusia lingkungan 40-an di Sabah yang juga merupakan salah seorang suspek kes itu.

Suspek itu ditahan di Sabah, pada Isnin lalu dan PDRM (Polis Diraja Malaysia) menemui petunjuk baharu dalam penyiasatan kes berkenaan.

Ya, PDRM dapat petunjuk baharu bahawa pelakunya dikatakan berasal dari negara seberang (Indonesia) dan kami sedang menyoal siasat untuk mendapatkan maklumat lanjut pengakuannya siapa yang sunting video itu

Untuk pengetahuan, pihak polis Malaysia telah bekerjasama dengan pihak Polisi Republik Indonesia dan mengambil serius terhadap kes ini.

Dalam kes terbaharu ini, ada manusia durjana yang tidak bertanggungjaawab dan bermotif jahat telah memperlekehkan lagu kebangsaan Indonesia Raya.

Parodi ini menimbulkan kemarahan rakyat Indonesia dan saya memberi jaminan bahawa satu tindakan drastik telah diambil oleh Jabatan Siasatan Jenayah iaitu menubuhkan satu pasukan khusus telah diterbangkan ke Sabah pada semalam untuk menjejaki pelaku-pelaku ini.

Insya-Allah apabila tertangkapnya suspek, kita akan adili dan mendakwanya di mahkamah untuk menerima hukuman setimpalnya. – Katanya lagi.

Diharapkan suspek yang cuba menjadi batu api kepada dua negara berjiran ini dapat diberkas. Kalau korang tahu mana-mana individu yang cuba bersikap rasis terhadap negara lain, harap dapat bagi nasihat kepada mereka dan jauhi sifat buruk ini.

Kredit: Harian Metro

+ Baca respon pembaca di Facebook Oh! Media.

Comments

Lagi dalam kategori Trending

Ke Atas