Connect with us

Oh! Media

Rakyat Malaysia Terkejut! Ini Sebab Mengapa Lee Zii Jia Keluar Dari BAM

lee zii jia

Oh! Tidak

Rakyat Malaysia Terkejut! Ini Sebab Mengapa Lee Zii Jia Keluar Dari BAM

Siapa tidak kenal dengan jaguh perseorang badminton negara, Lee Zii Jia yang muncul sebagai pemain perseorangan harapan negara menggantikan Datuk Lee Chong Wei. Pemain muda ini menunjukkan prestasi yang sangat baik dalam beberapa perlawanan antarabangsa sekaligus mengharumkan nama negara.

ADVERTISEMENT

Bagaimanapun, seluruh peminat sukan badminton tanah air terkejut dengan berita pengunduran Zii Jia daripada Persatuan Badminton Malaysia (BAM). Semua ini terjawab apabila disahkan sendiri oleh badan induk itu yang menerima surat peletakan jawatan Zii Jia.

Lee Zii Jia akan bergelar pemain profesional

Keputusan Zii Jia untuk keluar dari BAM sekaligus menjadikannya sebagai pemain profesional dari juara Seluruh England pada 11 Januari lalu.

Selepas kita menerima surat itu memang kita ada berbincang dengan kakaknya untuk cuba pujuk memandangkan kita membina dan menjaga dia dari umur 13 tahun sampailah ke tahap ini.

Kita tak mahu kehilangan dia kerana tujuan kita (BAM) adalah untuk bawa ke peringkat lebih tinggi supaya dia menjadi Datuk Lee Chong Wei.

Lee Zii Jia kata dirinya bukan Lee Chong Wei

Seharusnya dia fokus untuk kekal di BAM namun dia katakan dia bukan Lee Chong Wei dan tak boleh tahan tekanan dan nak capai apa yang diinginkan dengan cara dia sendiri. – Kata Norza.

Pihak BAM menghormati keputusan yang dilakukan pemain muda ini. Bagaimanapun, keputusan akan diputuskan pada hari Jumaat ini selepas semua ahli jawatankuasa bermesyuarat.

Norza turut berpandangan keputusan Zii Jia untuk undur diri bukanlah bermasalah dari BAM kerana Datuk Lee Chong Wei juga telah bersama BAM seama 19 tahun sehingga menjadi lagenda. Apapun mungkin Zii Jia ada sebab tersendiri dan sama-sama kita harapkan yang terbaik darinya.

Kredit: Harian Metro

+ Baca respon pembaca yang di Facebook dan Telegram Oh! Media.

Lagi dalam kategori Oh! Tidak

30 Hari Paling Trending

Ke Atas