Connect with us

Oh! Media

Rakaman ‘Bercium’ Tersebar, Hakim Mempunyai Hubungan Sulit Dengan Banduan?

hakim

Trending

Rakaman ‘Bercium’ Tersebar, Hakim Mempunyai Hubungan Sulit Dengan Banduan?

Kejadian di Buenos Aires, Argentina, seorang hakim wanita dituduh mempunyai hubungan sulit bersama banduan apabila rakamannya bercium dengan banduan tersebut tersebar.

ADVERTISEMENT

BACA: Pura-Pura Jadi Mangsa Banjir Untuk Dapat Bantuan, Seorang Wanita Didakwa

Menerusi laporan Kosmo, selepas melawat banduan bernama Cristian ‘Mai’ Bustos yang sedang menjalani hukuman penjara selepas menembak mati seorang anggota polis pada 2009, hakim wanita Mariel Suarez kini sedang disiasat.

Satu-satunya hakim yang merayu agar hukuman banduan dikurangkan

hakim
Rakaman CCTV (Foto: Kosmo)

Menerusi gambar rakaman televisyen litar tertutup (CCTV) di Institut Penjara Wilayah Trelew, penampakan Hakim Suarez sedang duduk rapat di samping pembunuh yang berbahaya itu.

Suarez juga merupakan satu-satunya hakim yang terlibat dengan kes rayuan menentang penjara seumur hidup dan merayu agar hukuman banduan tersebut dikurangkan.

Bagaimanapun, Suarez menyatakan tiada sebarang ciuman terjadi dan mereka berdua hanya berbual secara dekat untuk mengelakkan orang lain dengar percakapan mereka.

Suarez juga difahamkan beliau kini sedang menulis buku mengenai Bustos dan mengatakan tiada sebarang hubungan istimewa berlaku di antara mereka berdua.

Pegawai mahkamah kini sedang menyiasat Suarez untuk mengetahui maklumat lanjut atas video yang tersebar pada 29 Disember lepas.

Kita nak cakap lebih-lebih pun tak boleh, sebab tak adil untuk kita menghukum seseorang berdasarkan hanya rakaman CCTV yang kurang jelas. Harap betullah apa yang dikatakan hakim Suarez tu!

Kredit: Kosmo

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media

Comments

Lagi dalam kategori Trending

Ke Atas