Connect with us

Oh! Media

Raih Keputusan Peperiksaan Cemerlang, Lelaki Tak Kisah Kerja Guard

lelaki kerja guard

Oh! Tidak

Raih Keputusan Peperiksaan Cemerlang, Lelaki Tak Kisah Kerja Guard

Siapa saja yang tidak mahu keputusan yang cemerlang dalam peperiksaan kan? Pastinya ramai mahu mendapat keputusan yang hebat dalam setiap peperiksaan yang diduduki kerana bagi kita, itu merupakan penanda kejayaan untuk masa hadapan dan ‘tiket’ mendapatkan kerja yang bagus.

ADVERTISEMENT

BACA: Keputusan SPM 2020, Terbaik Dalam Tempoh 5 Tahun Dengan Gred Purata 4.80

Bak kata orang, keputusan peperiksaan yang cemerlang mampu menentukan masa depan seseorang. Namun, perspektif sebegini sudah menjadi kurang relevan pada masa kini disebabkan penularan wabak penyakit Covid-19 yang melanda negara kita.

Sudah banyak cerita yang kita dengar dan lihat tentang pekerja yang sudah lama bekerja tetapi terpaksa diberhentikan kerana masalah ekonomi negara yang melanda disebabkan wabak penyakit ini.

Inikan pula pelajar yang baru saja hendak mengorak langkah dalam alam pekerjaan, pastinya menjadi semakin sukar walaupun mereka mempunyai keputusan yang cemerlang dalam peperiksaan. Zaman sekarang ini, diterima bekerja pun dikira beruntung.

Pemuda ini tidak malu bekerja sebagai seorang guard walaupun mempunyai keputusan yang cemerlang dalam peperiksaan

Tular baru-baru ini di laman media sosial TikTok, sebuah perkongsian video yang memaparkan seorang pemuda mengambil keputusan untuk bekerja sebagai seorang pengawal keselamatan ataupun guard.

Dalam perkongsian video tersebut, pemuda itu menunjukkan yang dia kini bekerja sebagai seorang guard walaupun keputusan peperiksaan dari sekolah rendah sehingga STPM yang diperolehnya sangat cemerlang.

@danial_roiTak ikut trend awal tak nak fyp. ##abangguard? BARB MIX 2 – Baby Q?

Dia mengatakan yang dia memilih untuk menjadi seorang pengawal keselematan terlebih dahulu kerana rezekinya untuk mendapat kerja yang diidamkan masih belum sampai.

Tambahan lagi, dia tidak malu untuk bekerja sebagai seorang pengawal keselamatan dan sanggup untuk lakukan apa kerja sekalipun asalkan tidak menyusahkan ibu bapanya.

“Mungkin ada mulut yang harus disuap, sebab tu beliau tidak memilih kerja. Apa pun, awak hebat di mata Allah.”

Setakat ini, perkongsian video tersebut telah mendapat sebanyak 134.7 ribu tontonan, 15.5 ribu tanda like dan 731 komen. Rata-rata netizen mengeluarkan komen positif dan memberikan kata-kata semangat kepada pemuda tersebut.

Pemuda tidak malu kerja sebagai seorang guard

Antara komen netizen di ruangan komen perkongsian tersebut – via TikTok

Pemuda tidak malu kerja sebagai seorang guard

Antara komen netizen di ruangan komen perkongsian tersebut – via TikTok

Ramai juga yang mendoakan semoga pemuda tersebut berjaya melanjutkan pelajaran ke peringkat ijazah dan mendapat kerja yang dia mahukan.

Tidak kurang juga yang turut berkongsi mempunyai pengalaman yang seakan sama seperti pemuda tersebut iaitu pada mulanya dia mengambil keputusan untuk menjadi seorang pengawal keselamatan sebelum mendapat kerja lain.

Kredit: TikTok

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media

Penulis di Oh! Media berkaitan perihal hiburan dan isu trending di media sosial.

Lagi dalam kategori Oh! Tidak

30 Hari Paling Trending

Ke Atas