Connect with us

Oh! Media

Pukul Pengawal Peribadi, Ahli Perniagaan Mengaku Tidak Bersalah

Trending

Pukul Pengawal Peribadi, Ahli Perniagaan Mengaku Tidak Bersalah

Seorang ahli perniagaan berdepan lima pertuduhan termasuk menyebabkan kecederaan kepada dua pengawal peribadi di Bandar Bukit Tinggi Klang, 13 April lalu.

ADVERTISEMENT

Tertuduh, Chung Chee Yang bersama pembantu peribadinya Choo Hin Voon walau bagaimanapun mengaku tidak bersalah.

BACA: ‘Dia Tanya Duit Yang Diterima Itu Adakah Dari Allah Atau Dari Dia’

Memetik laporan Astro Awani, tertuduh membuat pengakuan tersebut selepas pertuduhan dibacakan secara berasingan di hadapan Majistret P Sarulatha.

Foto: Astro Awani

Untuk pertuduhan pertama, Chee Yang dituduh di bawah Seksyen 506 Kanun Keseksaan. Dia dituduh menakutkan secara jenayah dengan ugutan hendak menyebabkan kecederaan parah dengan mengacukan pistol ke arah mangsa, Mohd Azminizam Zulkepli. Tertuduh didakwa melakukan kesalahan tersebut di luar halaman rumah di Jalan Batu Nilam 9, Bandar Bukit Tinggi, sekitar jam 10.30 hingga 11.30 malam, 13 April lalu.

Untuk pertuduhan kedua dan ketiga, Chee Yang didakwa bersubahat dengan tertuduh kedua dengan mengarahkannya mencederakan mangsa, Ahmad Shamsuri Zailani dan Mohd Azminizam Zulkepli. Tertuduh didakwa menggunakan senjata iaitu sebatang rotan.

Selain itu, tertuduh turut didakwa dengan niat sengaja melukakan perasaan keagamaan kedua-dua mangsa. Dakwaan dibuat di bawah Seksyen 298 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara maksimum satu tahun atau denda atau kedua duanya sekali jika sabit kesalahan.

Untuk pertuduhan kelima, Chee Yang dituduh mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan kerana dengan sengaja menyebabkan kecederaan Mohd Azminizam Zulkepli pada masa, tempat dan tarikh yang sama.

Tertuduh kedua, Choo Hin Voon pula berdepan dua pertuduhan mengikut Seksyen 324 Kanun Keseksaan iaitu dengan sengaja menyebabkan kecederaan ke atas kedua-dua mangsa menggunakan rotan. Tertuduh boleh dipenjara maksimum 10 tahun atau denda, atau sebat, atau dua daripada mana-mana hukuman itu jika sabit kesalahan.

Mahkamah membenarkan tertuduh pertama, Chee Yang diikat jamin sebanyak RM30,000 bagi tiga pertuduhan. Manakala RM20,000 bagi dua lagi pertuduhan.

Tertuduh kedua pula dibenar ikat jamin sebanyak RM20,000 atas dua pertuduhan. Kes akan disebut semula pada 23 Jun ini.

Kredit: Astro Awani

+ Baca respon pembaca di Facebook Oh! Media

Comments

Lagi dalam kategori Trending

Ke Atas