Connect with us

Oh! Media

“Netizen Be Like Ceraikan Isteri Penunggang Agama! Tapi..”, Isu Da’i Syed, PU Abu Tampil Bersuara

Trending

“Netizen Be Like Ceraikan Isteri Penunggang Agama! Tapi..”, Isu Da’i Syed, PU Abu Tampil Bersuara

Isu melibatkan pendakwah muda, Da’i Syed yang didakwa kerana telah merogol seorang gadis turut mendapat perhatian Pencetus Ummah (PU) Abu Sufyan. Dia dikatakan telah tampil menyuarakan pandangannya berhubung isu itu dengan memuat naik Insta Stori di akaun Instagram miliknya.

ADVERTISEMENT

BACA: Pendakwah Selebriti Ditahan Bagi Bantu Siasatan Berhubung Kes Rogol

Abu menegur sikap netizen yang dikatakan terlalu mudah untuk menjatuhkan hukum kepada orang lain walaupun belum tahu tentang perkara yang sebenar.

Kita nampak baik bukan sebab kita baik tapi sebab Allah tutup aib. Masalah kita adalah suka menghukum orang secara double standard.

Lebih baik tak payah ulas isu orang, sebab semua orang sama sahaja. Pengajarannya semua benda kenalah adil, jangan terus membuat penilaian. – Tulisnya.

Dia juga turut menjadikan dirinya sebagai contoh dengan kontroversi yang pernah membabitkan rumahtangganya sebelum ini, Abu berkata dia juga ada menerima kecaman dan hinaan daripada netizen.

Katanya, reaksi netizen itu berbeza apabila membabitkan selebriti lain, lebih-lebih lagi bila mereka terkait dengan sesuatu isu yang lebih berat.

Da’i Syed yang didakwa telah merogol seorang gadis.

Netizen be like ceraikan isteri, penunggang agama! 

Disyaki rogol, jangan fitnah tunggu mahkamah!. – Tulis Abu Di Insta Stori.

Kontroversi yang pernah melanda rumah tangga PU Abu dengan bekas isterinya, pernah mendapat perhatian netizen di laman sosial pada April tahun lalu selepas dia dikatakan telah berkahwin lain ketika isterinya itu sedang sarat mengandung.

Aduh, siapa yang suka double standard tu ha? Kan dah kena tegur dengan PU Abu. 

kredit: PU Abu

Comments

Lagi dalam kategori Trending

Ke Atas