Connect with us

Oh! Media

PU Abu Kesal Ada Orang Kaitkan Dirinya Dengan Isu Gangguan Seksual Pendakwah Terkenal

pu abu

Trending

PU Abu Kesal Ada Orang Kaitkan Dirinya Dengan Isu Gangguan Seksual Pendakwah Terkenal

Kenapa nama PU Abu pula yang dikaitkan dengan isu gangguan seksual? Apa yang berlaku ke atas Pencetus Ummah Abu atau nama sebenarnya Muhammad Abu Sufyan sebelum ini tidak ada persamaan sama sekali. Masalah keluarga yang menimpa PU Abu sebelum ini dikaitkan sesetengah pihak dengan situasi yang dialami pendakwah terkenal ketika ini.

ADVERTISEMENT

BACA: “Hai la Sahabat, Apa Khabar Mu..” Ustaz Amin Beri Pesanan Penuh Hikmah Buat Ebit Lew Dan Semua

Disebabkan itu, PU Abu yang dihubungi mStar meminta orang ramai untuk berhenti menjadikan apa yang berlaku kepadanya sebelum ini sebagai bahan untuk mengulas isu yang berlaku.

Saya terpanggil untuk bercakap mengenai isu ini sebab nama saya turut dikaitkan. Saya hanya ingin meminta semua pihak tidak kaitkan saya dengan isu ini.

Sebelum ini saya pernah viral, tapi isu melibatkan peribadi dan sebab itu orang buat ‘troll’. Tapi isu pendakwah tersebut melibatkan undang-undang. Jadi biarlah pihak berkuasa menjalankan siasatan. Tak perlu kaitkan dengan orang lain atau ulas isu ini. – Katanya.

Bukan PU Abu seorang sahaja dikaitkan dengan isu gangguan seksual

Rupanya bukan nama PU Abu sahaja yang dipetik tapi nama Da’i Farhan dan Da’i Syed turut dikaitkan dengan isu gangguan seksual ini. Ini tidak sepatutnya berlaku sama sekali.

Pihak polis sebelum ini telah mengesahkan kertas siasatan berhubung kes gangguan seksual telahpun dibuka. Ini selepas bahan bukti seperti video, keratan mesej dan sesi soal jawab dengan mangsa yang terlibat turut telah diterima.

Semoga kes ini dapat diselesaikan dengan kadar segera bagi memastikan semua terjawab.

Kredit: mStar

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media.

Lagi dalam kategori Trending

Ke Atas