Connect with us

Oh! Media

PPV Tak Ramai Orang, Doktor Luah Rasa Geram Bila Penyuntik ‘Lupa’ Tekan Vaksin

Trending

PPV Tak Ramai Orang, Doktor Luah Rasa Geram Bila Penyuntik ‘Lupa’ Tekan Vaksin

Menteri Penyelaras Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan (PICK), Khairy Jamaluddin baru-baru ini membenarkan individu yang menerima vaksin untuk mengambil video atau gambar ketika menerima suntikan di Pusat Pemberian Vaksin (PPV). Hal ini untuk mengelakkan kejadian suntikan kosong berulang.

ADVERTISEMENT

BACA: Individu Boleh Rakam Video Terima Suntikan Vaksin Di PPV – Khairy Jamaluddin

Walaupun sudah dirakam, masih ada lagi kejadian di mana petugas suntikan di PPV tidak menekan masuk dos vaksin. Dalam video rakaman tular, Diyanah Maria mendakwa petugas memberi alasan ‘tidak perasan’ lalu dia disuntik lagi sekali.

vaksin kosong

Pengacara Tanya Doktor, Dr Say Shazril menerusi hantaran di Instagram berkata pada hari kejadian dia bertugas di bahagian konsultasi PPV tersebut. Dia menegaskan keadaan pada hari itu tidak sibuk jadi mustahil petugas vaksin kepenatan sehingga terlupa tekan.

Semalam kat PWTC tak ramai orang yang saya sempat jawab Q&A dengan korang maka impossible penat menjadi isu dia tak tekan syringe tu.

Ibarat ada teori konspirasi lain. Nak kata terlupa pun mustahil – katanya.

Malah, Isnin lalu dia diberi tanggungjawab menjadi penyuntik vaksin, dia mengikuti sepenuhnya prosedur sebagaimana arahan Jawatankuasa Khas Jaminan Akses Bekalan Vaksin COVID-19 (JKJAV). Penyuntik vaksin perlu menunjukkan botol vaksin kepada penerima.

doktor say

Kemudian vaksin disedut dari botol mengikut sukatan. Setelah itu, penyuntik vaksin harus memaklumkan penerima bahawa suntikan akan dibuat. Setelah selesai, picagari yang sudah kosong perlu ditunjukkan sekali lagi sebelum dibuang.

Menurutnya, memang prosedur sedikit memakan masa dan leceh namun itulah SOP yang perlu dipatuhi. Dia berpendapat jika penyuntik mengikut SOP dengan betul, kejadian terlupa tekan mustahil boleh berlaku. Bukan sahaja memburukkan PPV, tindakan ini telah mencemarkan nama petugas kesihatan yang lain.

Kredit: Dr Shazril Shaharuddin

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh!Media.

Lagi dalam kategori Trending

Ke Atas