Connect with us

Oh! Media

Polis Trafik Buat Part Time Penghantar Makanan? Ini Penjelasannya..

Trending

Polis Trafik Buat Part Time Penghantar Makanan? Ini Penjelasannya..

Baru-baru ini tular di media sosial gambar seorang penghantar makanan yang menggayakan seluar lebih kurang macam seorang anggota polis trafik dan menimbulkan tanda tanya ramai, adakah polis trafik buat part time?

ADVERTISEMENT

Menurut laporan Harian Metro, Ketua Polis Daerah Kluang, Asisten Komisioner Low Hang Seng mengatakan gambar yang tular itu bukan anggota trafik yang membuat kerja sambilan. Individu tersebut hadir ke IPD Kluang dan mengesahkan sendiri gambar yang tular itu adalah dirinya.

Individu yang ditularkan sememangnya pekerja penghantar makanan dan dia sudah hadir ke IPD Kluang serta mengesahkan bahawa itu gambar dirinya yang ditularkan di Facebook.

Pihak polis menasihatkan orang ramai supaya tidak menularkan perkara yang tidak disahkan benar sebelum menyemak perkara berkenaan daripada ditularkan.

Korang jangan sesuka hati gais, individu yang menyebarkan perkara yang tidak betul seperti ini akan dikenakan tindakan mengikut Seksyen 233(3) Akta Komunikasi dan Multimedia (AKM) 1998.

Jika disabitkan kesalahan, korang akan didenda tidak melebihi RM50,000 atau dipenjarakan tidak lebih satu tahun atau kedua-duanya sekali.

Kredit: Harian Metro

+ Baca respon pembaca di Facebook Oh! Media.

Comments

Lagi dalam kategori Trending

Ke Atas