Connect with us

Oh! Media

Polis Siasat Mayat Bayi Dijumpai Terapung Di Loji Kumbahan

Trending

Polis Siasat Mayat Bayi Dijumpai Terapung Di Loji Kumbahan

Kejam dan tidak berperikemanusiaan! Itulah yang dapat digambarkan apabila mayat bayi lelaki dijumpai terapung di dalam sebuah loji kumbahan di Seremban, Negeri Sembilan. Memetik laporan Harian Metro, bayi lelaki tersebut dipercayai dibuang individu tidak bertanggungjawab.

ADVERTISEMENT

BACA: Bayi Yang Baru Dilahirkan Remaja Wanita Meninggal Dunia, Dibuang Teman Lelaki Sendiri Dalam Semak

Menurut Ketua Polis Daerah Seremban, Asisten Komisioner Mohd Said Ibrahim, pihak polis menerima laporan daripada seorang lelaki yang merupakan pekerja pembersihan mengenai penemuan objek terapung kira-kira jam 10.38 pagi.

Panggilan dibuat seorang lelaki yang menyatakan melihat objek dipercayai bayi yang telah meninggal dunia terapung di dalam loji kumbahan itu.

Setibanya di lokasi, pihak polis membuat pemeriksaan awal dan mendapati objek yang dilapor adalah mayat seorang bayi yang cukup sifat. Bayi dianggarkan telah meninggal dunia lebih daripada sehari.

Sehubungan dengan itu, polis meminta kerjasama orang ramai yang mempunyai maklumat tampil membantu siasatan pihak berkuasa.

Jelasnya, kes itu disiasat mengikut Seksyen 318 Kanun Keseksaan kerana menyembunyikan kelahiran dengan cara membuang bayi.

Kredit: Harian Metro

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh!Media.

Lagi dalam kategori Trending

Ke Atas