Connect with us

Oh! Media

Polis Sedia Ambil Tindakan Tegas Berikutan Gambar Tular Papar 3 Anggota Polis

Trending

Polis Sedia Ambil Tindakan Tegas Berikutan Gambar Tular Papar 3 Anggota Polis

Telah tular baru-baru di media sosial mengenai gambar yang memaparkan beberapa anggota polis yang dilihat tidak memakai pelitup muka sambil memegang plastik berisi makanan. Gambar tular itu dikatakan telah dimuat naik oleh seorang wanita yang dikenali sebagai Zarra Zarina Jaffar di laman sosial facebook Politik Malaysia Terkini.

ADVERTISEMENT

Terbaru, pihak Polis Selangor dilaporkan akan mengambil tindakan tegas terhadap beberapa anggota polis yang tidak mengenakan pelitup muka ketika membeli makanan di Kompleks Muhibbah Taman Nirwana, Ampang.

Pemangku Ketua Polis Selangor, Datuk Arjunaidi Mohamed berkata, siasatan secara telus akan dijalankan mengikut peruntukan undang-undang yang telah ditetapkan.

Kita tidak akan berkompromi atau melindungi sebarang salah laku melibatkan mana-mana pegawai dan anggota polis khususnya dalam Kontinjen Selangor.

Kesemua yang terlibat akan dikenakan tindakan mengikut Peraturan-Peraturan Pencegahan Dan Pengawalan Penyakit Berjangkit (Langkah-Langkah Di Dalam Kawasan Tempatan Jangkitan (Kawalan Pergerakan) 2021 serta tindakan siasatan tatatertib. – Katanya.

Arjunaidi juga turut mengucapkan terima kasih kepada orang ramai yang telah menyalurkan maklumat mengenai anggota polis itu. 

Yang salah tetap salah, jangan ada ‘double standard’ kerana kita semua sama sahaja.

Kredit: Kosmo

Comments

Lagi dalam kategori Trending

Ke Atas