Connect with us

Oh! Media

Polis Sampai Gali Lubang Di Lorong Tikus Untuk Elak Rentas Negeri

Trending

Polis Sampai Gali Lubang Di Lorong Tikus Untuk Elak Rentas Negeri

Disebabkan ramai yang berdegil, polis terpaksa menggali lubang di lima lorong tikus di sekitar Kampung Tanah Puteh. Ianya bertujuan untuk menghalang kenderaan melalui laluan itu untuk memasuki Kelantan.

ADVERTISEMENT

Pada awalnya, terdapat kon konkrit yang diletakkan di laluan itu tapi ianya dioecahkan samseng jalanan untuk merentas negeri. Macam mana lagi korang nak lawan?

Lorong tikus itu ditutup kerana sering menjadi laluan orang ramai bagi mengelak dari Sekatan Jalan Raya (SJR) Kampung Tanah Puteh kata Ketua Polis Daerah Gua Musang, Superintendan Sik Choon Foo.

Menurut laporan Harian Metro, bagi memastikan tiada jalan lain dibina, polis juga akan sentiasa melakukan pemantauan di kawasan sana.

Kami mengambil tindakan untuk menutup sepenuhnya lorong tikus bagi pengguna jalan raya yang cuba melepasi SJR.

Jadi tindakan berterusan dan pemantauan akan dibuat daripada semasa ke semasa oleh anggota supaya tidak ada pihak tidak bertanggungjawab cuba untuk melepasi daerah atau rentas negeri.

Kredit: Harian Metro

+ Baca respon pembaca di Facebook Oh! Media.

Comments

Lagi dalam kategori Trending

Ke Atas