Connect with us

Oh! Media

Polis Rakam & Paksa Lakukan Seks Oral, Siap Ugut Wang Lagi!

Trending

Polis Rakam & Paksa Lakukan Seks Oral, Siap Ugut Wang Lagi!

Baru-baru ini, terdapat dua anggota polis yang melakukan rondaan di Pengkalan Chepa dan terserempak dengan pasangan kekasih di dalam sebuah kereta di tepi jalan pada pukul 10.45 malam. Korang nak tahu apa yang mereka buat? Serius tak masuk akal.

ADVERTISEMENT

Kedua-dua polis yang terdiri daripada Konstabel dan Lans Koperal itu dipercayai mencabul dan memaksa pasangan kekasih itu melakukan hubungan seks sambil merakam menggunakan telefon bimbit. Bukan tu jer, sebelum tu pihak polis tersebut juga siap mengugut pasangan itu sebanyak RM1,200 supaya kes berkenaan tidak dibawa ke pejabat agama. Pergh! Macam tu pun boleh ya?

Anggota polis berkenaan dikatakan menumbuk seorang daripada mangsa sambil mengugut mereka dengan meminta wang sebanyak RM1,200 supaya kes berkenaan tidak dirujuk ke pejabat agama.

Selepas memperoleh wang berkenaan yang dikeluarkan di mesin juruwang automatik (ATM) berdekatan, anggota polis berkenaan juga didakwa minta pasangan kekasih itu melakukan hubungan seks dalam kenderaan mangsa sambil aktiviti itu dirakam menggunakan telefon bimbit anggota polis itu.

Mangsa wanita berkenaan turut mendakwa dia dipaksa melakukan seks oral selain dicabul oleh seorang anggota polis ketika kekasihnya mengambil wang di ATM.

Dahlah ugut orang tu, lepas tu boleh pula ambil kesempatan pergi cabul perempuan tu. Kedua-dua pihak polis berkenaan telah ditahan dan kini direman selama seminggu selepas pasangan tersebut membuat laporan polis kata Ketua Polis Kelantan, Deputi Komisioner Shafien Mamat.

Kes akan disiasat mengikut Seksyen 377c, 354 dan 384 Kanun Keseksaan dan sekiranya mereka bersalah, tindakan sewajarnya akan diambil. 

Kredit: Harian Metro

+ Baca respon pembaca polis mengugut pasangan kekasih di Facebook Oh! Media.

Comments

Lagi dalam kategori Trending

Ke Atas