Connect with us

Oh! Media

Polis Perhati Suspek Baling Batu Atas Jambatan Dari Jauh Sebelum Tangkap

baling batu

Trending

Polis Perhati Suspek Baling Batu Atas Jambatan Dari Jauh Sebelum Tangkap

Apa yang seronok sangat khianat orang lain ni? Ada yang sampai bahayakan nyawa mangsa lagi tu. Baru-baru ini tersebar video dashcam menunjukkan sebuah kereta Myvi hampir terbabas selepas dibaling batu oleh orang tak dikenali dari atas jambatan.

ADVERTISEMENT

BACA: Kereta Nyaris Terbabas Dilempar Batu, Polis Percaya Ada Unsur Khianat?

Kejadian seperti ini bukanlah baru berlaku dan memang ada orang yang hilang akal yang suka tengok orang lain susah.

Polis berjaya tangkap suspek baling batu

Sepandai-pandai tupai melompat, akhirnya jatuh ke tanah jua. Kalau suspek ingat boleh lari tanpa dikesan, memang silap! Ini kerana pihak Polis Kubang Pasu melaporkan berjaya menahan suspek yang dipercayai telah membaling batu dari atas jambatan Bandar Darulaman, KM.31 Lebuhraya Utara Selatan, Kedah.

Pihak polis yang hanya berpandukan video yang tersebar terus menubuhkan satu pasukan Taskforce bagi memburu pelaku. Hasilnya memang puas hati gais bila polis berjaya tangkap mamat ni.

Dalam satu kenyataan media, Ketua Polis, Supt Rodzi Bin Abu Hassan melmaklumkan polis mengesan seorang lelaki dalam keadaan mencurigakan menaiki motosikal. Dia telah memberhentikan motosikalnya di atas jejantas lebuhraya dari Jalan Wang Tepus menghala ke Bandar Darulaman, Jitra.

Lelaki terbabit siap sedia nak baling batu sambil diperhati polis

Siapa sangka yang segala gerak geri suspek sebenarnya sedang diperhatikan polis dari jauh. Polis kemudian melihat lelaki terbabit turun dari motosikal dan mengambil sesuatu dari dalam raga.

Tidak tunggu lama! Polis terus hampiri suspek dan menemui dua ketul batu besar di dalam raga motosikalnya. Hasil siasatan, suspek mengaku telah membaling batu dari atas jambatan seperti yang viral sebelum ini.

Lebih parah lagi, suspek juga didapati positif dadah jenis Methamphetamine dan kes akan disiasata di bawah seksyen 427 kanun keseksaan melakukan khianat.

Kredit: Facebook Polis Daerah Kubang Pasu

+ Baca respon pembaca yang di Facebook dan Telegram Oh! Media.

Comments

Lagi dalam kategori Trending

Ke Atas