Connect with us

Oh! Media

Polis Percaya Pembunuh Upahan Tembak Mati Bomoh, Mungkin Berpunca Dendam, Gangguan Seksual

Trending

Polis Percaya Pembunuh Upahan Tembak Mati Bomoh, Mungkin Berpunca Dendam, Gangguan Seksual

Susulan pembunuhan seorang pengamal perubatan di Kuantan, Pahang pada malam 6 April lalu, polis percaya jenayah itu dilakukan oleh pembunuh upahan.

ADVERTISEMENT

Dalam kejadian itu, mangsa ditembak beberapa das tembakan ketika sedang merawat pesakit di rumahnya.

Ketua Polis Pahang, Datuk Seri Abd Jalil Hassan, berkata mangsa, Mohamad Abdul Rahim Nasri, dipercayai ditembak sehingga mati dan disaksikan sepasang suami isteri. Pasangan itu kini sedang ditahan untuk siasatan lanjut.

Siasatan awal mendapati suspek yang memakai topeng ada memberi salam sebelum masuk ke rumah dan terus melepaskan tembakan ke arah mangsa.

Suspek dikatakan terus berlalu pergi selepas itu tanpa mengapa-apakan suami isteri terbabit dan difahamkan seorang rakan suspek menunggu di luar bagi memudahkan mereka melarikan diri.

Menurut Abd Jalil lagi, andaian penglibatan pembunuh upahan itu berdasarkan persiapan pembunuh, jenis senjata digunakan selain mampu kekal tenang walaupun dengan kehadiran saksi.

Setakat ini, siasatan bagi motif pembunuhan dilakukan secara menyeluruh membabitkan aspek dendam, hutang dan marah yang mungkin berpunca daripada gangguan seksual ketika proses mengubat.

Pihak polis mengalu-alukan info dari orang awam yang mempunyai maklumat untuk membantu siasatan.

Kredit: Berita Harian

+ Baca respon pembaca di Facebook Oh! Media.

Teruskan membaca..
Berita lain yang popular...
Comments

Lagi dalam kategori Trending

Ke Atas