Connect with us

Oh! Media

“Tak Patut Dia Diperlakukan Begitu”, Polis Kesan Individu Ikat Pegawai Polis

Trending

“Tak Patut Dia Diperlakukan Begitu”, Polis Kesan Individu Ikat Pegawai Polis


Baru ni tular video seorang lelaki yang terbaring dalam keadaan tangan dan kaki berikat selepas dikatakan cuba mencuri kereta di Kelana Jaya. Hari ini pula Pihak polis mengesahkan bahawa lelaki itu sebenarnya adalah seorang pegawai polis.

ADVERTISEMENT

Ketua Polis Daerah Petaling Jaya Asisten Komisioner Nik Ezanee Mohd Faisal berkata, pihaknya ada menerima laporan tentang kejadian itu dan siasatan dibuat mengikut Seksyen 379 Kanun Keseksaan.

Katanya, pegawai polis itu masih lagi dalam rawatan kerana menghadapi masalah tekanan perasaan.

Polis juga membuka kertas siasatan mengikut Seksyen 324 Kanun Keseksaan dan sedang mencari mereka yang menahannya.

Tak patut dia diperlakukan begitu dan kita juga turut mengesan mereka yang memperlakukan dia begitu. – Katanya.

Sebelum ini, video yang dikatakan viral di media sosial itu ada menunjukkan seorang lelaki yang tidak memakai baju sambil tangan dan kakinya diikat kerana dipercayai cuba mencuri sebuah kereta, minggu lalu.

Masih lagi menjalani rawatan rupanya, patut la. Apapun yang salah tetap salah dan wajar dikenakan hukuman.

Kredit: Harian Metro

Comments

Lagi dalam kategori Trending

Ke Atas