Connect with us

Oh! Media

Polis Buru Pemandu E-Hailing Tunjuk Kemaluan Kepada Seorang Wanita

Pemandu e-hailing tunjuk kemaluan

Oh! Tidak

Polis Buru Pemandu E-Hailing Tunjuk Kemaluan Kepada Seorang Wanita

Seorang pemandu e-hailing telah menunjukkan kemaluan kepada seorang wanita di hadapan bangunan pejabat daerah Subang Jaya pada Selasa lepas sedang dikesan pihak polis.

ADVERTISEMENT

BACA : Individu Warga Thailand Mengaku Gosok Kemaluan Depan Wanita

Menurut laporan Harian Metro, pihak polis telah menerima laporan daripada mangsa pada hati yang sama dan perkara ini dikatakan sendiri oleh Ketua Polis Daerah Subang Jaya Asisten Komisioner Abd Khalid Othman.

Menurut pengadu, dia mengambil barang yang dipesan daripada pemandu e-hailing berkenaan di hadapan bangunan pejabatnya sebelum ternampak zip seluar suspek dalam keadaan terbuka sehingga menampakkan kemaluan lelaki terbabit.

Kemudian, lelaki itu bertindak untuk memegang pergelangan tangan kiri wanita berkenaan sebelum mangsa terus beredar dari lokasi dan membuat laporan polis di Balai Polis Subang Jaya.

Suspek juga dikatakan memandu kereta jenis Perodua Bezza yang tidak sama dengan rekod dalam pesanan yang dibuat mangsa menerusi aplikasi syarikat e-hailing berkenaan.

Kes ini disiasat mengikut Seksyen 509 Kanun Keseksaan, Seksyen 14 Akta Kesalahan Kecil 1955 serta Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.

Kredit: Harian Metro

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media.

Penulis sepenuh masa di Oh! Media. Skop penulisan merangkumi segala aspek terkini & viral.

Lagi dalam kategori Oh! Tidak

30 Hari Paling Trending

Ke Atas