Connect with us

Oh! Media

Polis Buru Lelaki Tunjuk Aksi Lucah Di Hadapan Wanita

Trending

Polis Buru Lelaki Tunjuk Aksi Lucah Di Hadapan Wanita

Berikutan tular satu video di laman sosial yang memaparkan seorang lelaki dipercayai cuba untuk berbuat tidak baik kepada seorang wanita, polis mengesan individu tersebut dipercayai seorang yang gila seks. Hal ini demikian kerana lelaki berkenaan melakukan aksi lucah terhadap wanita berusia 23 tahun itu ketika meletakkan kereta di tepi jalan pada jam 9.25 pagi di Taman Limau Manis, Kota Bharu pada Selasa.

ADVERTISEMENT

Memetik laporan Sinar Harian, Asisten Komisioner Abdul Rahim Daud selaku Ketua Polis Daerah Kota Bharu berkata mangsa yang berada di dalam kereta didekati suspek yang menunggang basikal pada ketika itu.

Mangsa menyangka suspek ialah orang kurang upaya (OKU) pengemis dan kemudian dia memberi wang RM 1 kepada suspek

Tidak berhenti di situ, suspek dengan spontan membuka zip seluarnya dan menunjukkan aksi lucah di hadapan mangsa. Perbuatan jijik suspek dapat dirakam dengan jelas melalui kamera litar tertutup (CCTV) di tempat kejadian.

Usaha mengesan suspek dijalankan oleh pihak polis untuk membantu siasatan dan kes disiasat mengikut Seksyen 509 Kanun Keseksaan kelucahan dan mengaibkan

Sebelum ini, video seorang lelaki berbasikal memakai baju T berwarna hijau berlegar-legar di lokasi kejadian mengundang kemarahan warganet berikutan dia mencari peluang mendekati kereta mangsa.

Mangsa yang turun daripada kereta tiba-tiba dikejar oleh suspek sehingga di persimpangan hadapan. Namun, kehadiran sebuah kereta Perodua MyVi yang membuka tingkap menyelamatkan mangsa daripada kejadian lebih teruk berlaku.

Kredit : Sinar Harian

+Baca respon pembaca di Facebook Oh! Media

Comments

Lagi dalam kategori Trending

Ke Atas