Connect with us

Oh! Media

Polis Buru Individu Sebar Berita Palsu Mengenai Kehilangan 6 Pemancing

Trending

Polis Buru Individu Sebar Berita Palsu Mengenai Kehilangan 6 Pemancing

Baru-baru ini enam lelaki telah dilaporkan hilang selepas bot nelayan yang dinaiki mereka untuk pergi memancing di perairan Kemaman dikatakan tidak pulang semula ke jeti mengikut jadual yang ditetapkan. 

ADVERTISEMENT

Bot nelayan kelas A yang dinaiki oleh kesemua lelaki dan juga termasuk seorang tekong bot berusia dalam lingkungan 19 hingga 29 tahun itu dikatakan berada pada kedudukan 35 batu nautika dari tenggara Kuala Kemaman sebelum dilaporkan gagal dikesan.

Namun sejak semalam, telah tular satu mesej palsu di aplikasi WhatsApp yang mendakwa kononnya enam pemancing tersebut telah dijumpai dan berada di perairan Kuantan.

Antara mesej palsu yang tersebar berhubung kehilangan enam pemancing di perairan Kemaman.

Pihak polis juga turut mengesali tindakan individu yang menyebarkan berita palsu mengenai kehilangan enam pemancing itu.

Hanyan Ramlan selalu Ketua Polis Daerah Kemaman berkata, pihaknya memberi amaran dan akan mengambil tindakan tegas kepada penyebar berita palsu itu yang didapati bukan sahaja menimbulkan salah faham dalam kalangan masyarakat malah turut mengguris keluarga mangsa.

Saya beri amaran tegas kepada mereka yang mengada-adakan cerita dan menyebar berita tidak benar. Kita akan cari siapa yang sebarkan berita palsu ini. – Katanya kepada wartawan Kosmo.

Dalam masa sekarang kita perlu sensitif terhadap perasaan ahli keluarga. 

Sepatutnya kita fikir apa perasaan kita kalau berada di tempat mereka (ahli keluarga mangsa) apabila orang sebarkan berita tak benar. – Katanya.

Kita mungkin akan meminta bantuan penduduk tempatan termasuk nelayan untuk turut sama membantu mencari bot pemancing tersebut. – Katanya.

Sementara itu, Hanyan juga berharap semoga cuaca sedikit cerah pada hari ini bagi memberi perkembangan positif terhadap usaha pencarian bot yang sepatutnya pulang pada Selasa lalu.

Comments

Lagi dalam kategori Trending

Ke Atas