Connect with us

Oh! Media

Polis Lakukan Rondaan & Cari Rumah Yang Banyak Selipar Sepanjang Aidilfitri?

Trending

Polis Lakukan Rondaan & Cari Rumah Yang Banyak Selipar Sepanjang Aidilfitri?

Tahun ini merupakan tahun kedua kita semua menyambut perayaan dengan keadaan yang luar biasa. Demi mengekang penularan wabak yang sedang melanda, Polis Diraja Malaysia (PDRM) di Bukit Aman akan membuat serbuan di rumah-rumah yang didapati banyak kereta. 

ADVERTISEMENT

Tak cukup dengan itu, Polis Kedah pula akan memeriksa rumah yang mempunyai banyak kasut atau selipar dalam usaha menghalang kita semua dari beraya ke rumah-rumah lain.

Menurut Ketua Polis Kedah, Datuk Hasanuddin Hassan dalam satu kenyataan yang menyatakan bahawa pihaknya akan mengerah anggota supaya melakukan rondaan sepanjang sambutan Aidilfitri di negeri Kedah.

Polis Kedah mendapat arahan untuk melakukan rondaan, kita tengok rumah yang ada banyak kereta, kita akan semak.

Bukan sekadar kereta, kita tengok selipar, kasut di rumah itu banyak, juga kita akan periksa.

Terimalah hakikat yang kita masih tidak boleh beraya seperti raya tahun-tahun sebelumnya. Apapun, semoga kita sama-sama dapat meneruskan kehidupan seperti sediakala satu hari nanti, Amin.

Kredit: Utusan

+ Baca respon pembaca di Facebook Oh! Media.

Comments

Lagi dalam kategori Trending

Ke Atas