Connect with us

Oh! Media

Pokok Tumbang Himpap Kereta, 2 Keluarga Nyaris Maut

Oh! Tidak

Pokok Tumbang Himpap Kereta, 2 Keluarga Nyaris Maut

Detik cemas dialui oleh dua keluarga apabila sebatang pokok tumbang menghimpap dua buah kereta yang dinaiki hampir meragut nyawa mereka dalam kejadian di Jalan Hutan Simpan, Masjid Tanah, Melaka, petang semalam.

ADVERTISEMENT

Menurut laporan Harian Metro, kejadian dikatakan berlaku kira-kira pukul 6.35 petang yang mana dua kenderaan masing-masing dinaiki tiga mangsa melalui tempat kejadian.

Kejadian melibatkan dua buah kenderaan iaitu Proton Wira dalam perjalanan dari arah Sungai Udang menghala ke Masjid Tanah manakala kenderaan jenis Honda Accord dari arah bertentangan.

Ketua Jabatan Siasatan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) negeri Superintendan Hasan Basri Yahya berkata, kesan daripada kejadian itu, penumpang kenderaan masing-masing mengalami kecederaan.

Kanak-kanak lelaki berusia enam tahun yang juga anak kepada pemandu Proton Wira cedera di kepala dan dirawat di Hospital Kem Terendak. Manakala pemandu dan dua penumpang Honda Accord hanya cedera ringan.

Ketua Jabatan Siasatan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) negeri Superintendan Hasan Basri Yahya

Beliau berkata, kedua-dua pemandu sudah diminta hadir ke Balai Trafik Alor Gajah bagi membuat laporan selain kes disiasat mengikut Seksyen 43(1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987.

Sementara itu, Komander Operasi Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Masjid Tanah Pegawai Bomba Kanan II Zul Akhman Othman berkata, sembilan anggota bergegas ke lokasi kejadian setelah pihaknya menerima panggilan kecemasan pada pukul 6.40 petang.

Sebaik tiba di lokasi kejadian, pihaknya mendapati terdapat sebatang pokok tumbang melintangi jalan selain menghempap dua kenderaan dan dimaklumkan terdapat enam mangsa yang terlibat.

Ketika bomba tiba, dua mangsa dari Proton Wira iaitu bapa dan seorang anaknya yang cedera sudah dikejarkan ke Hospital oleh orang awam.

Kerja membersihkan jalan kesan daripada pokok yang tumbang itu mengambil masa yang singkat selepas mendapat pertolongan dari orang awam yang bekerjasama mengalihkan pokok tersebut.

Kesan daripada kejadian itu menyebabkan berlaku kesesakan lalu lintas sepanjang empat kilometer.

Kredit: Harian Metro

+ Baca respon pembaca di Facebook Oh! Media

Comments

Lagi dalam kategori Oh! Tidak

30 Hari Paling Trending

ohmedia telegram group
Ke Atas