Connect with us

Oh! Media

PM Muhyiddin Yassin Tenang Umumkan Bantuan RM1,000 Bagi Isi Rumah B40

Oh! Negara

PM Muhyiddin Yassin Tenang Umumkan Bantuan RM1,000 Bagi Isi Rumah B40

Tadi Anuar Ibrahim kata apa dekat Sidang Media tadi? Ok kita lupakan hal tu dulu sebab Abah atau Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin sebentar tadi telah mengumumkan bantuan tambahan khas buat rakyat Malaysia. Bantuan itu adalah…

ADVERTISEMENT

Ia adalah inisiatif bantuan tambahan yang terdiri dari empat kategori golongan bagi mengurangkan beban rakyat yang terjejas akibat Covid-19.

Golongan pertama adalah golongan B40 yang berkeluarga dan bujang, golongan M40 bagi berkeluarga dan bujang serta pekerja tempatan pelbagai bidang. Kategori keempat adalah golongan peniaga mikro dalam pelbagai bidang. – Katanya.

Bantuan Prihatin Nasional 2.0 bagi isi rumah B40 akan mendapat RM1,000. Bayarang pertama iaitu RM700 akan diagihkan pada bulan Oktober ini dan baki RM300 akan diagihkan pada bulan Januari 2021.

Tiada permohonan yang perlu dibuat untuk mendapatkan bantuan BPN 2.0. Kerajaan akan menyalurkan bantuan secara terus kepada 10.6 juta penerima yang telah diluluskan di bawah BPN sebelum ini. – Katanya lagi.

Jadi, untuk korang yang dah layak menerima BPN sebelum ini tidak perlu risau dan hanya perlu tunggu bantuan masuk. Gunakan bantuan ini sebaiknya.

+ Baca respon pembaca di Facebook Oh! Media.



Comments

Lagi dalam kategori Oh! Negara

Ke Atas