Connect with us

Oh! Media

Plaza Tol Dan Persimpangan Bertingkat Shah Alam Kini Dibuka!

plaza tol

Trending

Plaza Tol Dan Persimpangan Bertingkat Shah Alam Kini Dibuka!

Terkini, plaza tol dan persimpangan bertingkat Shah Alam telah kembali dibuka secara berperingkat buat semua pengguna jalan raya.

ADVERTISEMENT

BACA: Lebuh Raya Persekutuan Ditenggelami Air, Ribuan Kenderaan Terkandas

Menerusi laporan Kosmo, Ketua Pegawai Operasi PLUS Malaysia Berhad (PLUS), Datuk Zakaria Ahmad Zabidi menjelaskan, pihak PLUS sedang melakukan kerja pembersihan dan mengalihkan kenderaan yang terkandas akibat banjir kilat.

Laluan terjejas dibuka secara berperingkat

plaza tol

Menurut Datuk Zakaria, pihaknya turut menjalankan pemeriksaan secara menyeluruh dan melakukan pembaikan aset lebuh raya serta memperbaiki peralatan tol yang rosak akibat banjir.

PLUS menucapkan terima kasih atas kerjasama semua pihak termasuk Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM), Polis DiRaja Malaysia (PDRM) dan Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) dalam menjalankan misi bantuan banjir.

Laluan yang terjejas sudah dibuka secara berperingkat. Namun, PLUS menasihatkan pengguna berwaspada dan mematuhi papan tanda amaran kerana beberapa bahagian jalan masih ditakungi air.

Kesabaran dan keselesaan semua pengguna kekal menjadi keutamaan kita. Pelanggan dinasihatkan menyemak status terkini banjir dan memastikan kenderaan berada dalam keadaan baik sebelum memulakan perjalanan.

Alhamdulillah, semoga langit terus cerah dan air semakin surut di sekitar kawasan-kawasan yang terkesan. Diminta semua untuk pandu dengan hati-hati dan jangan keluar jika tiada urusan penting.

Kredit: Kosmo

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media

Comments

Lagi dalam kategori Trending

Ke Atas