Connect with us

Oh! Media

Pesawat Pengintip Protaip Israel Berlegar-Legar Di Ruang Udara Malaysia

Trending

Pesawat Pengintip Protaip Israel Berlegar-Legar Di Ruang Udara Malaysia

Kehadiran pesawat pengintip protaip Israel menjadi tanda tanya ketika berlegar di ruang udara Putrajaya sebelum mendarat di Singapura apabila ia dilaporkan hanyalah sebagai ujian penerbangan.

ADVERTISEMENT

Menurut Penganalisis pertahanan Zaki Salleh berkata, walaupun ianya merupakan penerbangan biasa tetapi pesawat itu dilengkapi dengan kelengkapan perisikan elektronik.

Tambah beliau, kemungkinan juga pesawat berkenaan sedang melakukan ujian sistem terbaharu dan penerbangan jarak jauh yang dilaksanakan adalah bagi melihat keberkesanan perkakas yang sedang diuji.

“Sekiranya benar sepertimana dilaporkan, pesawat Boeing 732-400 dengan bernombor pendaftaran 4X-AOO milik syarikat IAI-Elta merupakan pesawat perisikan elektronik.

“Pesawat ini digunakan sebagai platform ujian peralatan radar dan elektronik.

“Ia direka untuk menampung sistem perisikan semboyan rondaan maritim, perisikan imej, sistem amaran awal udara (AEW) dan sistem perlindungan misil pesawat komersil,” katanya.

Kata Zaki, tujuan penerbangan pesawat tersebut di Singapura telah menarik perhatian selain boleh menimbulkan kemusykilan kerana pesawat berkenaan dilengkapi dengan pelbagai sistem penderiaan dan sensor yang amat sensitif.

Tempoh hari, sebuah portal media melaporkan sebuah pesawat pengintip prototaip Israel dilaporkan sedang menjalankan penerbangan ujian di Singapura.

Pesawat Israel Boeing 737-400 yang bernombor pendaftaran 4X-AOO milik syarikat IAI-Elta itu dilaporkan melakukan ujian penerbangan tersebut selama 4 jam.

Kredit : SinarHarian

Teruskan membaca..
Berita lain yang popular...
Comments

Lagi dalam kategori Trending

Ke Atas