Connect with us

Oh! Media

Pesakit Hantuk Kepala Sebelum Jatuh Dari Tingkat 8 Hospital

Oh! Tidak

Pesakit Hantuk Kepala Sebelum Jatuh Dari Tingkat 8 Hospital

Terdapat satu kejadian dimana seorang lelaki yang merupakan pesakit di Hospital Sultan Abdul Halim, Sungai Petani ditemui terjatuh dari tingkat lapan koridor sebuah wad semalam. Apa kes ni?

ADVERTISEMENT

BACA : Mangsa Buntu Rumah Tiba-Tiba Kena Dua Das Tembakan Senapang Angin

Menurut laporan Harian Metro, lelaki berusia 21 tahun yang juga merupakan penghidap asma itu pada awalnya menghantukkan kepalanya selepas keluar dari bilik air di wad dan perkara ini dikatakan sendiri seorang pesakit di situ.

Kemudian, dia terus menuju ke koridor sebelum terjatuh dan tertiarap di tengah koridor. Sewaktu itu, ibu mangsa cuba untuk menariknya namun gagal.

Lelaki itu dimasukkan ke hospital kerana disyaki dijangkiti denggi tapi doktor telah mengesahkan bahawa dia mempunyai masalah asma saja.

Lelaki terbabit dilihat pesakit lain menghantuk kepalanya sebaik keluar daripada bilik air sebelum berlari ke koridor.

Ketika itu, beberapa pesakit yang duduk di katil berhampiran pintu koridor cuba membantu namun usaha mereka gagal kerana pintu berkunci. Mereka hanya melihat lelaki itu terjatuh.

Walaubagaimanapun, tiada unsur jenayah dalam kejadian ini dan kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut.

Kredit: Harian Metro

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media.

Lagi dalam kategori Oh! Tidak

30 Hari Paling Trending

Ke Atas