Connect with us

Oh! Media

Wanita Positif Jangkitan, Terjun Dari Tingkat 8 Bangunan Hospital Di Kota Kinabalu

Trending

Wanita Positif Jangkitan, Terjun Dari Tingkat 8 Bangunan Hospital Di Kota Kinabalu

Kita yang sihat pun hari-hari ada masalah dan tekanan dalam hidup. Tapi pernah tak terfikir, orang yang telah disahkan positif Covid-19, apa lah perasaan diorang. Semalam di Kota Kinabalu ada berita pasal seorang wanita yang pernah disahkan positif Covid-19 mati bunuh diri.

ADVERTISEMENT

Pada pukul 9.15 malam semalam, pihak Hospital Queen Elizabeth I (HQE) telah menjumpai mayat seorang wanita yang berusia 63 tahun yang dikatakan pernah disahkan positif Covid-19 pada 13 Oktober lalu.

Dia dipercayai telah terjun melalui tingkap di tingkat 8 bangunan hospital, sebelum diketahui oleh pihak hospital dan melaporkan kejadian tersebut kepada polis.

Ketua Polis Daerah Kota Kinabalu Asisten Komisioner Habibi Majinji berkata dia mendapat maklumat tentang kejadian itu pada pukul 9.30 malam semalam.

Menurut sumber pula, wanita itu sebenarnya telah disahkan positif Covid-19 dan dimasukkan ke hospital pada 13 Oktober lalu dan telah pun dijadualkan untuk keluar dari hospital pada hari ini apabila doktor mengesahkan dia sudah bebas dari Covid-19.

Mayat mangsa kini ditempatkan di Jabatan Forensik HQE I, sementara menunggu siasatan lanjut punca yang menyebabkan mangsa bunuh diri.

Pihak polis masih lagi menjalankan siasat bagi mengenalpasti punca mangsa terjun, termasuk mencari saksi ditempat kejadian. – Katanya

Menurut Habibi, kes ini diklasifikasikan sebagai kematian mengejut (SDR) dan dia meminta orang awam yang mempunyai maklumat tentang kejadian itu, diminta untuk tampil membantu siasatan.

Apa yang terjadi sebenarnya pada mangsa, kita pun tak tahu sebab masih lagi dalam siasatan. Mungkin disebabkan tekanan mangsa bunuh diri, tapi nak komen lebih-lebih pun tak berani sebab kita tak ada di tempat mangsa. Pihak Oh! Media harap keluarga mangsa tabah menerima berita kematian mangsa.

Kredit: Berita Harian

Comments

Lagi dalam kategori Trending

Ke Atas