Connect with us

Oh! Media

Pesakit 55 Tahun Cabul Jururawat Wanita Yang Sedang Lakukan Pemeriksaan

Trending

Pesakit 55 Tahun Cabul Jururawat Wanita Yang Sedang Lakukan Pemeriksaan

Baru-baru ini, seorang pesakit lelaki Covid19 di sebuah hospital di Kepala Batas didakwa mencabul seorang jururawat wanita. Sempat lagi nak puaskan nafsu ye walaupun sedang dirawat?

ADVERTISEMENT

Menurut laporan Harian Metro, jururawat tersebut sedang melakukan prosedur pemeriksaan paras gula dalam darah pesakit yang berusia 55 tahun itu. Selepas itu, memegang jari jururawat tersebut dan diusap sambil mengeluarkan perkataan tidak senonoh.

Jururawat itu menarik tangannya dengan kuat supaya pesakit itu dapat melepaskannya sebelum melaporkan kejadian itu kepada pihak polis menerusi panggilan. 

Menurut Ketua Polis Daerah Seberang Perai Utara, Asisten Komisioner Noorzainy Mohd Noor mengatakan yang suspek akan didakwa mengikut Seksyen 354 Kanun Keseksaan di Mahkamah Majistret hari ini.

Kredit: Harian Metro

+ Baca respon pembaca di Facebook Oh! Media.

Comments

Lagi dalam kategori Trending

Ke Atas