Connect with us

Oh! Media

Pertahankan Anak Dari Diculik, Lufya Omar Cedera Di Muka Dan Badan

Trending

Pertahankan Anak Dari Diculik, Lufya Omar Cedera Di Muka Dan Badan

Penyanyi dan pelakon, Lufya Omar berdepan situasi cemas apabila terpaksa berdepan dengan seorang lelaki yang cuba untuk menculik anaknya, Laana Haura beberapa hari yang lalu.

ADVERTISEMENT

BACA: (Video) Lelaki Pelawa Hantar Pulang, Murid Sekolah Terselamat Dari Jadi Mangsa Culik

Menerusi satu hantaran yang dimuat naik Lufya di Instagramnya, bekas peserta Akademi Fantasia musim keenam itu memaklumkan bahawa dirinya mengalami kecederaan di bahagian muka dan badan setelah dipukul dengan sebatang kayu.

2 hari lepas, Fya diserang oleh seorang lelaki yang nak cuba menculik anak perempuan saya. Masa tu kami berada di taman permainan Kota Damansara pada lebih kurang jam 4 petang – 5 petang.

Seorang lelaki Melayu yang bersifat dayus telah memukul Fya menggunakan batang kayu ke kepala, badan serta menyebabkan kecerderaan pada wajah dan badan saya.

Meskipun perlu berdepan detik cemas dipukul dengan kayu, Lufya menitipkan rasa syukurnya selepas berjaya mempertahankan diri dan anaknya dari diculik dan turut menyarankan agar wanita di luar sana untuk mempelajari seni mempertahankan diri.

Apa yang fya nak sampaikan kat sini demi keselamatan anak serta diri kita sendiri walaupun kita ni wanita yang lemah kita kene ada ilmu mempertahankan diri.

Syukur Alhamdulillah pengajarannya di sini ialah kita perlu sentiasa berwaspada. Kita tak tahu orang zaman sekarang ni sanggup buat perkara-perkara yang keji. Manusia makin tiada kemanusiaan.

Syukur Alhamdulillah Lufya dan Laana selamat

Perkongsian Lufya itu mendapat respon dari rakan-rakan artis dan warganet. Rata-rata mereka menitipkan rasa syukur dan mendoakan agar Lufya cepat sembuh.

Kami doakan agar Lufya cepat sembuh dan semoga kita semua dijauhkan dari perkara macam ni. Nak-nak pula, kes penculikan semakin menjadi-jadi sekarang ni.

Kredit: Instagram lufyalaana

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media

Comments

Lagi dalam kategori Trending

Ke Atas