Connect with us

Oh! Media

Persoalan Netizen Terjawab, Polis Tahan Ambulan Untuk Elak Kemalangan, Tiada Sebab Lain

Trending

Persoalan Netizen Terjawab, Polis Tahan Ambulan Untuk Elak Kemalangan, Tiada Sebab Lain

Tular di media sosial sebelum ini, netizen menunjukkan rasa marah apabila melihat rakaman video ambulan ditahan polis di susur Jalan Danga Bay ke Jalan Johor Bahru ketika melakukan kawalan lalu lintas buat program Jelajah Aspirasi Keluarga Malaysia di Angsana Johor Bahru Mall, Sabtu lepas.

ADVERTISEMENT

BACA: (Video) “Dia Bagi Laluan Untuk Siapa?” – Ambulan Ditahan Polis Trafik Undang Kemarahan Netizen

Menerusi laporan Awani, sekiranya pihak polis trafik memberi laluan kepada ambulan, ditakuti akan berlaku kemalangan antara ambulan dan kenderaan konvoi di laluan turun bukit dan 100 meter di hadapan antara jalan utama dan jalan keluar susur Jalan Danga Bay.

Ambulan tetap diberi keutamaan

Menurut Ketua Polis Daerah Johor Bahru Utara ACP Rupiah Abd Wahid, semasa kejadian berlaku, ambulan yang dari arah susur Jalan Danga Bay tetap diberi keutamaan untuk jalan terlebih dahulu berbanding kenderaan lain.

Anggota bertugas juga telah membuat penilaian daripada setiap sudut keselamatan dan setelah konvoi berlepas, ambulan diberikan laluan hijau untuk meneruskan perjalanan.

Penahanan ambulan hanya berdurasi 30 saat.

Video 46 saat yang tular semasa polis bertugas membuat cut off atau point duty telah memberi impak dan kesan kepada Polis Daerah Johor Bahru Utara.

Orang ramai dinasihatkan untuk tidak membuat spekulasi sendiri dan tidak menularkan video atau gambar yang tidak betul sehingga menyebabkan kegusaran berlaku dalam kalangan masyarakat. Jadilah orang yang bertanggungjawab dalam memberikan informasi yang benar-benar sahih sahaja.

Kredit: Awani

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media

Lagi dalam kategori Trending

Ke Atas