Connect with us

Oh! Media

Persis Filem ‘Annabelle’, Perawat Bakar Patung Beruang Jadi Punca Remaja Dirasuk?

Trending

Persis Filem ‘Annabelle’, Perawat Bakar Patung Beruang Jadi Punca Remaja Dirasuk?

Kejadian mistik melibatkan gangguan makhluk halus bukanlah perkara yang jarang berlaku di negara ini sehingga terdapat segelintir individu yang mendedahkannya kepada umum.

ADVERTISEMENT

BACA: “Waspada! Patung Di Rumah Jadi ‘Pemerhati Tak Bernyawa’ – Ustaz Zulaffendi

Kebanyakannya yang terjadi adalah berpunca daripada penyimpanan patung sebagai perhiasan di dalam rumah dan tanpa disedari, ia mampu menjadi punca kepada sebarang ‘gangguan’.

Perawat terapi Islam dedah pengalaman, bakar patung beruang jadi punca gangguan

Berkait dengan patung, perkara sama turut terjadi apabila seorang perawat dari Terapi Islam Ibny Katsir telah mendedahkan pengalamannya merawat seorang pesakit yang dikatakan menerima gangguan akibat memiliki sebuah patung beruang.

Menerusi hantarannya di laman Facebook, patung beruang yang didakwa mempunyai semangat jin dan hantu iblis itu telah menyebabkan seorang gadis muda mengalami kerasukan.

Tujuan utama dirinya menceritakan kisah tersebut adalah sebagai peringatan kepada orang ramai khususnya beragama Islam agar tidak menyimpan patung di dalam rumah.

Berdasarkan perkongsian itu, lelaki tersebut yang dikenali sebagai Muhammad NorHezri turut menunjukkan detik-detik patung tersebut dibakar bagi memusnahkan ‘sarang’ jin berkenaan.

Dedah kisah sebelum bakar patung

Sebelum kejadian berlaku, dia ketika itu baharu sahaja selesai merawat 3 orang pesakit sebelum menerima panggilan kecemasan daripada seorang lelaki yang menyatakan kakaknya telah dirasuk.

Tanpa berlengahkan masa, NorHezri segera menuju ke rumah remaja wanita tersebut yang merupakan pesakit yang pernah dirawatnya sebelum ini.

Dia juga turut berasa hairan mengapa pesakit itu ketika dirawat mampu dalam keadaan tenang dan sebaliknya bila sampai di rumahnya.

Sesudah tiba di rumahnya, dia terus melakukan rawatan dengan melakukan sesi ruqyah dan sebagainya. Apabila dia mula membaca surah Al-Fatihah, pesakit tersebut mula menjerit dan meronta-ronta kesakitan.

Selain itu, dia juga turut terpandang pada satu patung beruang semasa merenjiskan air ruqyah di sebuah bilik sehingga merasakan mata patung tersebut sering memerhatikannya.

Tanpa berfikir panjang, dia bertindak mengambil patung tersebut dan pesakit tersebut mula merayu agar ia dilepaskan. Dari situlah dia berpendapat boneka itu merupakan sarang kepada mahkluk itu.

Usai membacakan ruqyah kepada pesakit, dia terus meminta izin kepada ahli keluarganya bagi memusnahkan patung tersebut dengan cara membakarnya.

Nasihat dan panduan terus diberikan pada pesakit ini. Jin telah menetap pada patung tersebut sehingga pesakit merasakan patung tersebut hidup. Patung ini akhirnya dibakar dan pesakit dapat merasakan sesuatu yang amat berbeza didalam dirinya.

Bertanya mengenai keadaan terkini remaja tersebut, menurutnya, gadis berkenaan yang sebelum ini sering mengalami kerasukan, panas baran dan kegatalan kulit kini telah pulih sepenuhnya.

Mengakhiri ulasannya, NorHezri sempat memberikan nasihat agar tidak menyimpan patung sebagai hiasan di dalam rumah serta berharap agar orang ramai menjadikan kisah ini sebagai satu pengajaran.

Kredit: Facebook Terapi Islam Ibnu Katsir – TIIBKA

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media

Comments

Lagi dalam kategori Trending

Ke Atas