Connect with us

Oh! Media

Perompak Dicekup Gara-Gara Tertidur Semasa Tunggu Rakan ‘Buat Kerja’

Trending

Perompak Dicekup Gara-Gara Tertidur Semasa Tunggu Rakan ‘Buat Kerja’

Gara-gara tertidur semasa menunggu rakan melarikan barangan sebuah rumah di Jalan Mangga 2, Taman MGBM Bachang, Melaka, seorang lelaki diberkas polis.

ADVERTISEMENT

BACA: Perompak Ditahan Ketika Sedang Tidur Lena Di Rumah Mangsa

Kosmo! melaporkan, ketika kejadian, suspek menunggu di dalam kereta namun tertidur dipercayai khayal di bawah pengaruh dadah.

Ketua Polis Daerah Melaka Tengah, Asisten Komisioner Afzanizar Ahmad berkata, pengadu dalam laporan polis memaklumkan telah menerima maklumat daripada jiran mengenai kejadian pecah masuk rumah milik arwah ibunya kira-kira jam 5 petang.

Pengadu bersama kakak dan abang iparnya segera bergegas ke rumah tersebut dan mendapati seorang lelaki sedang tidur di dalam kereta jenis Hyundai Sonata di belakang rumah.

Pengadu bertindak mematikan enjin dan mengambil kunci kereta tersebut.

Ketika itu, pengadu ternampak dua orang lelaki sedang cuba melarikan sebuah televisyen. Pintu di bahagian dapur rumah pula dalam keadaan terbuka.

Menyedari kehadiran pengadu di situ, kedua-dua suspek telah melarikan diri.

Manakala suspek yang tertidur di dalam kereta berjaya ditangkap dengan bantuan jiran.

Kredit: Kosmo!

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh!Media.

Comments

Lagi dalam kategori Trending

Ke Atas