Connect with us

Oh! Media

“Perlu Ke Pusing Gaya Helikopter?” – Netizen Pertahan Cara Pak Guard Tangkap Biawak

Trending

“Perlu Ke Pusing Gaya Helikopter?” – Netizen Pertahan Cara Pak Guard Tangkap Biawak

Tular di media sosial aksi seorang pengawal keselamatan menyelamatkan suasana apabila menangkap seekor biawak dengan gaya pusingan ‘helikopter’.

ADVERTISEMENT

BACA: (VIDEO) ‘Pak Guard’ Ditampar Sehingga Pengsan, Pelanggan Tidak Mahu Periksa Suhu Badan

Menerusi rakaman video berdurasi 10 saat itu, pengawal keselamatan dilihat memegang bahagian ekor biawak lalu memusingnya berkali-kali. Dia kemudiannya menghayun biawak ke tengah jalan.

Latar belakang video itu disertakan dengan lagu Helikopter nyanyian Fazlija yang viral di TikTok.

Walau bagaimanapun, tindakan pak guard itu menjadi perdebatan apabila ada yang mempersoalkan adakah tindakan menghayun biawak itu satu bentuk penderaan binatang.

Di ruangan balas, rata-rata netizen mempertahankan tindakan pak guard dan menjelaskan teknik itu boleh mengelakkan diri daripada terkena gigitan biawak yang beracun.

helikopter
helikopter
helikopter

Rasanya pak guard tu dah buat yang terbaik kan? Dalam menyelamatkan suasana, dia pun kena fikirkan keselamatan diri sendiri juga. Apa pendapat korang?

Kredit: Twitter Daily Express Sabah

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh!Media.

Comments

Lagi dalam kategori Trending

Ke Atas