Connect with us

Oh! Media

Perlis Benar Masjid Dibuka Sepenuhnya Dengan SOP Diperketat

Perlis

Trending

Perlis Benar Masjid Dibuka Sepenuhnya Dengan SOP Diperketat

Bermula Rabu ini, semua masjid di Perlis akan dibenarkan buka sepenuhnya dengan pelaksanaan prosedur operasi standard (SOP) diperketatkan. Alhamdulillah, seronoklah orang-orang Perlis.

ADVERTISEMENT

BACA : Masjid Di Putrajaya Dan Kuala Lumpur Dibenarkan Solat Jumaat 500 Jemaah

Menurut laporan Bernama, hanya anak kariah yang sudah melengkapkan vaksin selepas tarikh matang sahaja dibenarkan hadir ke masjid dan perkara ini telah dititah Raja Muda Perlis Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail.

Walaubagaimanapun, surau dan tempat solat lain masih ditutup melainkan dapat kebenaran khas MAIPs atau Jabatan Agama Islam Perlis (JAIPs) sebagai langkah kawalan dan penyelarasan.

Bukan tu jer, baginda juga turut bertitah bahawa individu yang merentas sempadan juga tidak dibenarkan hadir ke masjid selama dua minggu dari tarikh rentas. 

Solat jenazah, kuliah agama, ceramah juga dibenarkan selain solat fardhu dan solat Jumaat. Apapun, jangan lupa untuk mematuhi SOP yang telah ditetapkan bagi mengurangkan risiko dijangkiti wabak ini.

Kredit: Bernama

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media.

Lagi dalam kategori Trending

Ke Atas