Connect with us

Oh! Media

Pergerakan Tanah Masih Berlaku, Jalan Simpang Pulai Perlu Ditutup

Pergerakan tanah

Oh! Tidak

Pergerakan Tanah Masih Berlaku, Jalan Simpang Pulai Perlu Ditutup

Laluan di Seksyen 27, KM39 FT 185 Jalan Simpang Pulai-Blue Valley (Cameron Highlands) perlu ditutup kerana pergerakan di tanah masih berlaku di sana.

ADVERTISEMENT

BACA : “Kakak Berbau Masam” – Isteri Mangsa Tanah Runtuh Dedah Perbualan Terakhir Arwah

Menurut laporan Harian Metro, tindakan susulan diambil unit cerun Jabatan Kerja Raya (JKR) pusat selepas menyedari masih ada pergerakan tanah dikesan setakat semalam dan perkara ini dikatakan sendiri Menteri Besar, Datuk Seri Saarani Mohamad.

Kita sudah menutup jalan itu biarpun jalan alternatif iaitu Jalan Tapah-Ringlet baru saja dibuka selepas ditutup susulan tanah runtuh di situ pada sebelumnya.

Diharapkan JKR sentiasa peka dan memantau pergerakan tanah di jalan itu memandangkan jabatan berkenaan sememangnya mempunyai satu alat yang boleh kesan pergerakan tanah.

Orang ramai dinasihatkan supaya berhati-hati ketika melalui kawasan cerun, tak kisahlah di Cameron Highland ataupun lokasi-lokasi lain. 

Lebih berisiko apabila sewaktu hujan, kita taktahu sama ada tanah disitu tidak mencengkam dengan kuat dan membuatkannya menggelongsor. 

Pada Khamis lepas telah berlaku kejadian tanah runtuh di Seksyen 27 hingga Seksyen 30, Jalan Simpang Pulai-Cameron Highlands dan menyebabkan dua kematian dalam kejadian itu.

Kredit: Harian Metro

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media.

Penulis sepenuh masa di Oh! Media. Skop penulisan merangkumi segala aspek terkini & viral.

Comments

Lagi dalam kategori Oh! Tidak

30 Hari Paling Trending

Ke Atas