Connect with us

Oh! Media

Perdana Menteri Mesti Dari Pemimpin UMNO, Itu Syarat Yang Sepatutnya

Oh! Negara

Perdana Menteri Mesti Dari Pemimpin UMNO, Itu Syarat Yang Sepatutnya

Sebelum ini, kepimpinan UMNO ada memaklumkan yang mereka akan memberikan syarat terbaru kepada Perikatan Nasional dan tidak teragak-agak untuk meninggalkan PN sekiranya syarat yang dibawa mereka ditolak.

ADVERTISEMENT

Dalam masa yang sama, bekas Ahli Majlis Kerja Tertinggi UMNO, Datuk Lokman Noor Adam menyatakan harapannya agar syarat utama yang diletakkan adalah untuk PN memberikan jawatan Perdana Menteri itu kepada kalangan pemimpin UMNO.

Alasan yang diberikan Lokman adalah UMNO memiliki kerusi yang lebih banyak berbanding kerajaan parti BERSATU atau mana-mana parti gabungan.

Ini baru betul, yang majoriti tentukan hala tuju pemerintahan, bukan parti minoriti buli majoriti. Tahniah UMNO! Harap antara syarat yang diletakkan ialah UMNO Perdana Menteri, Bersatu TPM.

Jika UMNO keluar dari PN dan tidak menyokong Presiden Parti Keadilan Rakyat, Datuk Seri Anwar Ibrahim. Perdana Menteri Tan Sri Muhiyiddin Yassin tumbang. – Katanya.

Lokman juga berpandangan jika perkara ini berlaku, Anwar Ibrahim juga akan gagal untuk menjadi Perdana Menteri dan pilihan raya umum pasti akan diadakan segera sebaik sahaja wabak Covid-19 reda.

Ada sahaja perkara yang cuba dilakukan oleh mereka yang terlalu gemar untuk bermain politik pada waktu yang sukar ini. Apa-apapun diharapkan rakyat Malaysia terus bersabar dan menjaga SOP yang ditetapkan pihak kerajaan pada waktu ini.

Kredit: Sinar Harian

Comments

Lagi dalam kategori Oh! Negara

Ke Atas