Connect with us

Oh! Media

Ramai Rakyat Jatuh Miskin, BPN Sahaja Masih Belum Cukup

Trending

Ramai Rakyat Jatuh Miskin, BPN Sahaja Masih Belum Cukup

Pagi ni dapat berita yang kadar kemiskinan dekat Malaysia akan semakin meningkat disebabkan peratusan rakyat Malaysia yang mudah jatuh ke dalam kemiskinan selepas kehilangan pekerjaan atau dipotong gaji akibat pandemik Covid-19 dikatakan sangat ramai.

ADVERTISEMENT

Dr Muhammed Abdul Khalid iaitu Pakar Ekonomi ada berkata, kalau seseorang rakyat Malaysia hilang pendapat sebenyak RM700, kadar kemiskinan yang ditetapkan akan naik daripada lima peratus kepada 17 peratus.

Tambah Muhammed, dalam situasi sekarang, antara tiga golongan yang mudah menjadi miskin ialah ibu tunggal yang kebanyakannya hanya berniaga kecil-kecilan, kanak-kanak yang hidup dalam keluarga yang tidak mempunyai pendapatan tetap dan orang kurang upaya (OKU).

Katanya lagi, hasil kajian yang telah dilakukan oleh sebuah universiti tempatan baru-baru ini kepada golongan ibu tunggal di Malaysia, mereka kebanyakannya hanya ada sebanyak RM300 duit simpanan, manakala golongan OKU pula hanya mempunyai simpanan sebanyak RM70.

Usaha kerajaan memberikan Bantuan Prihatin Nasional (BPN) merupakan langkah yang baik, namun ia masih tidak mencukupi dan ramai rakyat sengsara kerana mereka tidak boleh bekerja dan berniaga.

Ia merupakan situasi berbeza dengan mereka yang bekerja dan diberhentikan kerana mereka masih mencarum ketika berkhidmat di syarikat, tetapi bagi mereka  yang masih mempuyai caruman Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) dan Perkeso dalam masa enam bulan diberhentikan. – Katanya.

Bagi penjaja kecil-kecilan pula, sebenarnya golongan inilah perlu dibantu kerana mereka bukan sahaja perlu menyara diri sendiri malah keluarga dan anak-anak yang masih kecil dan bersekolah.

Memang tak dinafikan semakin hari semakin ramai rakyat Malaysia yang kekurangan wang simpanan disebabkan perlu menggunakan wang apatah lagi pada waktu sekarang ni.

Kredit: Sinar Harian

Comments

Lagi dalam kategori Trending

Ke Atas