Connect with us

Oh! Tidak

Penunggang Motosikal Rempuh Anggota JPJ Rupanya Ada 8 Rekod Jenayah Dadah

Tular di media sosial semalam mengenai satu video memaparkan seorang anggota JPJ telah dirempuh penunggang yang membawa motosikal secara merbahaya dan laju di sebuah lebuh raya di Negeri Sembilan.

Menurut laporan Kosmo, penunggang motosikal itu dipercayai tiada lesen memandu dan insurans kenderaan. Manakala anggota JPJ itu dilaporkan mengalami kecederaan di bahagian kepala dan bahu.

IKLAN

Video itu kemudiannya menjadi viral di TikTok dan aplikasi X terutamanya. Namun, apa yang mencuri perhatian adalah apabila sesetengah netizen seolah-olah menyokong aksi merbahaya dan mencemuh anggota JPJ yang bertugas.

Abang 125 tu macam mana? JPJ tu aku tak kesah.

Rasa puas pulak tengok kena langgar.

Menerusi pemerhatian, hampir keseluruhan komen di video berkenaan meninggalkan ayat ‘bersyukur’ anggota JPJ mengalami kemalangan hanya kerana melakukan sekatan jalan raya.

Penunggang motosikal rempuh JPJ

Memetik Kosmo, suspek yang ditangkap sejurus kejadian itu akan dibawa ke Mahkamah Port Dickson untuk proses tahan reman serta didapati mempunyai lapan rekod jenayah lampau membabitkan dadah dan jenayah.

Kredit: Kosmo | Twitter Jalal Misai

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media.

Penulis sepenuh masa di Oh! Media. Skop penulisan merangkumi segala aspek terkini & viral.

Lagi dalam kategori Oh! Tidak

Trending Bulan Ini

Ohmedia Banner
Ke Atas