Connect with us

Oh! Media

(Video) Penunggang Motosikal Maut Angkara Axia Tukar Lane Secara Melulu

Trending

(Video) Penunggang Motosikal Maut Angkara Axia Tukar Lane Secara Melulu

Kalau kita lalu highway, mesti pernah nampak kan kereta tukar lane last minute? Kadang-kadang sebab terlepas simpang, sebab salah masuk lorong, paling tak boleh terima sebab pemandu sendiri yang tak reti nak sabar, asyik nak cepat je.

ADVERTISEMENT

Kalau korang yang baca ni sendiri pernah buat, ohmedia nasihatkan janganlah buat macam tu lagi. Takut nanti tak pasal-pasal berlaku tragedi. Contohnya macam kes yang berlaku dekat KM4.3 Lebuhraya LKSA berhadapan Aeon Big Seksyen 23 Shah Alam, semalam.

Dalam video tersebut, sebuah kereta Axia yang elok je drive dekat lorong kiri, secara tiba-tiba terus masuk ke lorong kanan. Myvi putih yang ada dekat belakang dia pun nampak macam break mengejut sebelum perlahankan kenderaan. Tapi yang paling tak bernasib baik, penunggang motosikal yang turut berada di tempat kejadian.

Disebabkan tindakan bodoh pemandu Axia tersebut, mangsa tak dapat kawal motosikal yang ditunggangnya dan terus melanggar bahagian kanan kereta. Mangsa kemudian tercampak ke bahagian tepi jalan dan menurut laporan, mangsa maut di tempat kejadian.

Rata-rata netizen telah meluahkan kekesalan atas sikap pemandu Axia tersebut. Ada juga yang meminta keluarga mangsa untuk ambil tindakan mahkamah dan tuntut keadilan atas kematian mangsa.

Seperti yang ohmedia cakap tadi, harapnya kita semua dapat ambil pengajaran. Jangan sebab kecuaian kita sendiri, orang lain yang jadi mangsa. Cuba bayangkan kalau penunggang tersebut ada anak kecil atau keluarga yang perlu ditanggung. Tak ke nanti dihantui rasa bersalah sampai bila-bila?

Kredit: Info Roadblock JPJ/Polis

Baca respon pembaca di Facebook Oh! Media

Comments

Lagi dalam kategori Trending

Ke Atas