Connect with us

Oh! Media

Video Viral Dedah Pusat Kuarantin Di MAEPS Sesak? Ini Penjelasan Dari Pesakit Sendiri

Trending

Video Viral Dedah Pusat Kuarantin Di MAEPS Sesak? Ini Penjelasan Dari Pesakit Sendiri

Beberapa hari lepas, viral di media sosial video yang memaparkan keadaan di Taman Ekspo Pertanian Malaysia (MAEPS) yang merupakan Pusat Kuarantin dan Rawatan Covid-19 Berisiko Rendah (PKRC). Rata-rata netizen jadi risau sebab nampak sesak sangat!

ADVERTISEMENT
https://twitter.com/paedrazip/status/1347194592580362248

Dah lah beratur panjang, pesakit pula nampak macam berhimpit-himpit sesama sendiri. Seram pula bila tengok. Bukan itu je, katil pun diletakkan rapat-rapat dan tiada dinding sekat antara pesakit. Habis macam mana?

Rupa-rupanya, ramai yang salah faham dengan video tersebut. Kalau korang nak tahu, video itu hanya menunjukkan sebahagian je dari keseluruhan dewan penempatan pesakit Covid-19. Bahkan, ada seorang pesakit yang telah berkongsi keadaan sebenar di MAEPS, Serdang berdasarkan pengalamannya sendiri dikuarantin di sana.

Menurut Muhamad Afifie Chan, keadaan di MAEPS tidaklah sesesak seperti yang didakwa netizen, bahkan kalau ikutkan masih ada banyak lagi katil yang kosong. Video yang viral itupun sebenarnya bukan menunjukkan pesakit Covid-19 yang baru nak daftar masuk, sebaliknya sudah sembuh.

“Video yang tular di media sosial menunjukkan ramai orang beratur tu sebenarnya bukan nak masuk ke dalam dewan, tetapi sebenarnya mereka discharge kerana sudah sembuh dan dibenarkan pulang. Itu mereka beratur untuk keluar dewan.” – katanya.

Membuat perkongsian di Twitter, Afifie menceritakan keadaan yang selesa dan bersih di dalam dewan. Dengan kemudahan toilet yang mencukupi dan well maintained, Afifie mendedahkan yang tidak ada apa yang perlu dirisaukan sepanjang mereka berada di tempat kuarantin.

Makanan yang sedap juga disediakan buat mereka tiga kali sehari. Bahkan, sesama pesakit juga akan saling membantu untuk mengedarkan makanan jika kekurangan tenaga kerja dari para petugas. Kemudahan untuk tunaikan solat dan charge phone pun ada. Itu belum lagi sentuh bab frontliners yang cukup sporting dan memberi layanan yang baik.

“Ada satu pintu yang akan dibuka dengan sound effect mantap, macam dalam filem Maze Runner. Bila ada pesakit baru masuk, pintu akan dibuka dan kami yang di dalam akan bersorak bagi semangat supaya mereka yang baru masuk tidak rasa takut.” – kongsinya.

Menjawab soal katil yang diletakkan secara rapat-rapat, Afifie menyatakan yang pesakit di MAEPS merupakan pesakit dengan risiko rendah. Erti kata lain, peratus untuk diorang menjangkiti atau dijangkiti antara satu sama lain adalah rendah. But still, SOP di sana tetap dijaga seperti biasa. Diorang juga diasingkan dengan pesakit foreigners bagi memudahkan urusan pendaftaran, pemerhatian dan pengumuman.

“Walaupun di dalam MAEPS ini semua pesakit adalah positif Covid-19, tetapi mereka juga mempunyai sikap dan semangat yang positif. Pengalaman ini yang amat dirindui saya bila discharge dan dibenarkan pulang.” – katanya lagi.

Rupanya, memang meleset sangat lah dari dakwaan orang ramai terhadap video tersebut. Hm, yelah sekurang-kurangnya sekarang kita dah tahu hal sebenar. Semoga semua pesakit yang berada di sana diberikan kesembuhan dan dapat pulang dengan segera. Buat para frontliners yang bertugas juga, terima kasih banyak. Semoga setiap titik peluh anda dihitung sebagai amalan di akhirat kelak.

Kredit: mStar, Twitter

Baca respon pembaca di Facebook Oh! Media

Comments

Lagi dalam kategori Trending

Ke Atas