Connect with us

Oh! Media

Penjawat Awam Ditangkap Rakam Gadis 19 Tahun Dalam Tandas

Trending

Penjawat Awam Ditangkap Rakam Gadis 19 Tahun Dalam Tandas

Sangat biadap! Itulah apa yang kami dapat katakan dengan manusia seperti ini. Seorang penjawat awam dilaporkan telah ditahan polis selepas merakam gambar seorang gadis sedang kencing di dalam tandas.

ADVERTISEMENT

Kejadian yang berlaku di Kapit, Sarawak disahkan Pesuruhjaya Polis Sarawak, Datuk Aidi Ismail yang menerima laporan mangsa 19 tahun.

Penjawat awam berusia 30-an itu ditangkap melakukan perbuatan keji itu ditandas sebuah kedai makan tempat mangsa bekerja.

Susulan itu, suspek ditahan dan telefon bimbitnya juga dirampas untuk siasatan lanjut.

Kes ini disiasat mengikut Seksyen 509 Kanun Keseksaan dan jika didapati bersalah boleh dihukum penjara maksimum 5 tahun dan denda atau kedua-duanya sekali.

Kredit: Berita Harian

Lagi dalam kategori Trending

Ke Atas