Connect with us

Oh! Media

Penjaja Rojak Langgar SOP, Berniaga Di Lampu Isyarat Dikompaun RM2,000

Trending

Penjaja Rojak Langgar SOP, Berniaga Di Lampu Isyarat Dikompaun RM2,000

Di Kemaman, Terengganu, seorang lelaki dikompaun RM2,000 selepas didapati berniaga tanpa mengikut prosedur operasi standard (SOP) di lampu isyarat Kemasik-Air Jerneh.

ADVERTISEMENT

Memetik laporan Sinar Harian, penjaja rojak berusia 36 tahun itu dikesan dalam Op Patuh menjaja di bahu jalan pada pukul 2.15 petang.

Sekadar gambar hiasan

Ketua Polis Daerah Kemaman, Superintendan Hanyan Ramlan berkata, orang ramai yang ingin berniaga disarankan mengambil pendekatan membuka gerai di tepi jalan dengan mematuhi SOP yang ditetapkan. Ini lebih baik berbanding berdiri di lampu isyarat atau di tengah jalan.

Orang ramai yang ingin berniaga, buatlah dengan cara yang betul seperti membuka gerai di tepi jalan serta patuhi SOP dengan menyediakan QR Code MySejahtera dan bukannya berdiri di tengah jalan yang membahayakan diri sendiri termasuk juga pengguna jalan raya yang lain.

Dengan menyediakan QR Code MySejahtera, jika ada dalam kalangan pembeli pembawa Covid-19, pihak Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dapat mengesan dan mengambil tindakan pada kadar segera.

Katanya lagi, orang ramai tidak perlu takut dikenakan tindakan undang-undang daripada Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) kerana berniaga tanpa lesen. Menurutnya, dalam tempoh sebegini, semua pihak pasti memahami.

Sekadar gambar hiasan

Berkenaan Op Patuh yang dijalankan bermula Jumaat hingga Ahad, seramai empat individu telah dikenakan kompaun dengan nilai keseluruhan berjumlah RM14,000. Antara kesalahan yang dilakukan individu terbabit adalah merentas negeri tanpa kebenaran. Ada juga yang membawa penumpang melebihi kapasiti dan berniaga tanpa SOP yang ditetapkan.

Kes pertama, kompaun berjumlah RM5,000 setiap seorang dikeluarkan terhadap dua lelaki berusia 32 dan 35 tahun kerana didapati merentas negeri tanpa kebenaran di Sekatan Jalan Raya (SJR) di sempadan Terengganu/Pahang, Mak Lagam, di sini, kira-kira jam 2 petang, pada Sabtu.

Jelasnya, individu yang dikompaun hendaklah membuat pembayaran di Pejabat Kesihatan Daerah (PKD) Kemaman dalam masa 14 hari. Jika gagal membuat bayaran, pendakwaan di mahkamah akan dibuat.

Kredit: Sinar Harian

+ Baca respon pembaca di Facebook Oh! Media

Lagi dalam kategori Trending

Ke Atas