Connect with us

Oh! Media

“Pening Tengok” – Isteri Guru Mengaku Buang Hadiah Frame Atau Barang RM2 Yang Diberikan Murid

hari guru

Oh! Tidak

“Pening Tengok” – Isteri Guru Mengaku Buang Hadiah Frame Atau Barang RM2 Yang Diberikan Murid

Tarikh 16 Mei merupakan tarikh yang sangat bermakna bukan sahaja kepada guru tetapi kepada anak murid juga.

ADVERTISEMENT

Waktu inilah, anak murid berpeluang menzahirkan rasa terima kasih kepada cikgu yang sudah bertungkus lumus mendidik mereka selama ini.

BACA: Netizen Puji Kieda Crepe Hadiahkan Kipas Dan Air Fryer Untuk Cikgu Sekolah Anak

Pelbagai hadiah yang diberikan kepada cikgu, kan? Tak kiralah murah atau mahal, yang penting murid dan ibu bapa memberinya seikhlas hati.

Tetapi lain pula kisah apabila seorang isteri kepada cikgu mengaku ada sesetengah hadiah yang diberikan murid dibuang begitu sahaja.

Contoh hadiah yang dibuang adalah frame gambar dan barangan daripada kedai RM2.

Dia secara jujur meninggalkan komen berkata, kepalanya pening melihat hadiah yang diterima suami berlonggok di rumah.

Bagus ibu. Saya isteri guru, suka dapat benda-benda makanan macam ni. Saya boleh masak. Cikgu lelaki ni dapat hadiah dari murid bukan kisah sangat pun. Depa bawa balik dan longgok dekat rumah.

Kita yang wife ni yang pening tengok. Dapat frame ke barang-barang RM2 saya buang je. Pening tengok kalau banyak sangat. Dapat jam dinding kedai 2 ringgit ada juga gunanya. Dapat limau nipis, bunga kantan, lada, cili bungkus plastik pasar pun ok. Saya suka.

Difahamkan, komen ini diberikan kepada seorang ibu yang menghadiahkan makanan kepada guru-guru sekolah anak.

Kredit: Facebook zahiruddin.juatin

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media

Lagi dalam kategori Oh! Tidak

Ke Atas